Izzati novels
Tetap dalam jiwa {Bahagian 13}
Jumaat, 1 Januari 2016 | 8:01 PG | 0 comments
   Mama kepada Fitri atau lebih dikenali sebagai Datin Hanifah mengangkat gagang telefon lalu mendail nombor telefon seseorang . Dia menanti dan menanti . Selepas orang itu mengangkat menjawab panggilannya . Datin Hanifah cepat-cepat bercakap .

Datin Hanifah: Assalamualaikum, Fahrin . Ini maksu .

Fahrin: Waalaikumussalam . Ya maksu . Kenapa ni? Ada masalahkah?

Datin Hanifah: Ya, Fahrin . Maksu nak tanya . Anak maksu ni . Dia sekarang ni macam tak betul dan selalu marah-marah . Dia semenjak dua menjak ni asyik menangis dan cakap sorang-sorang kat bilik . Kenapa dengan dia Fahrin? Kamu mesti tahu kan?

Fahrin: Maksud maksu, Fitri?

Datin Hanifah:Ya Fahrin, siapa lagilah anak maksu . Hanya dia sahaja . Kenapa ya, kamukan sepupu dia, malahan kuliah pun sama . Jurusan pun sama . Kenapa dengan dia ya Fahrin? Maksu risaulah dengan dia .

Fahrin: Saya minta maaf maksu . Saya tak tahu kenapa dengan dia . Saya rasa dia tension kot .

Datin Hanifah: Tension? Nak kata dia tension, dia setiap hari maksu bagi dia keluar dengan Liliana . Kenapa pula nak tension?

Fahrin: Yang tu saya tak tahulah maksu . Tak apa maksu . Insyaallah, saya akan cuba bercakap dengan dia dan berikan nasihat kepada dia . Mungkin dia elok semula . Kita mana tahu, maybe dia ada masalah dengan sesiapa .

Datin Hanifah: Baiklah Fahrin . Maksu percayakan kamu . Assalamualaikum .

Fahrin: Waalaikumussalam .

   Datin Hanifah meletakkan gagang telefon . Tiba-tiba Dato' Muhammad Farouk menegur isterinya .

  "Awak bercakap dengan siapa tu?" Tanya Dato' sambil memeluk tubuhnya . Datin tertunduk .

   "Dengan Fahrin . Abang tahu tak, anak kita si Fitri tu dah lain . Dah berubah . Ada abang ambil tahu . Jadi saya kenalah minta tolong Fahrin ." Ucap datin lalu terus meninggalkan suaminya . Dato' mengerutkan dahinya .

                                                        ***

   Iriana dan Dayang berjalan beriringan sambil menuju ke arah Fahrin dan Johan . Fahrin tersenyum tawar .

   "Kenapa ni Fahrin? Macam ada masalah sahaja . Kalau awak ada masalah, saya dan Dayang sudi mendengarnya ." Tanya Iriana . Johan menggelengkan kepalanya . Johan menepuk bahu Fahrin .

   "Siapa yang telefon kau tu?" Tanya Johan . Fahrin menghembus nafasnya dalam-dalam .

   "Datin Hanifah . Ibu kepada Fitri . Mak dia cakap yang Fitri tu macam ada masalah . So, mak dia suruh aku bantu Fitri dengan memberikan nasihat ." Ucap Fahrin sambil menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluarnya .

   "Apa masalah Fitri tu? Kau nak bantu dia tu . Kau tahu tak perempuan tu dah banyak menyusahkan hidup Iriana . Kau masih nak bantu dia ." Ucap Dayang sambil memeluk tubuhnya . Iriana menggeleng .

   "Dayang, tak baik cakap macam tu . Kan dia sahabat kita sesama Islam . Kita harus bantu dia . Apa yang dia buat kat kita tu kita biarkanlah ia berlalu . Tak baik kita mengenangnya dan jadikan ia dendam . Yang penting kita jangan ambil perbuatan jahat dia tu ." Ucap Iriana .

   Dayang tertunduk .Iriana tersenyum sambil memandang Fahrin . Dia tertunduk malu .

                                                                       
                                                                 ***

   Fitri menangis sendirian di atas katilnya sambil memeluk bantalnya . Dia menangis berkali-kali tanpa keluar dari bilik itu seharian . Dia masih menangis mengenangkan nasibnya .

   "Fitri, kenapa dengan kamu ni nak? Kamu ada masalahkah? Mari sini berbincang dengan mama ." Ucap mamanya sambil mengetuk pintu . Papanya hanya menghendap dari belakang . Fitri menangis teresak-esak .

   "Janganlah ganggu aku! Aku nak bersendiri! Diamlah! Semua orang benci aku!" Marah Fitri . Mamanya masih mengetuk pintu . Papanya menuju ke arah mamanya .

   "Kenapa ni Fitri? Kalau kamu ada masalah, mari sini keluar dan berbincang dengan papa ." Ucap papanya sambil mengetuk pintu itu berkali-kali .

   "AKU KATA DIAMLAH! Korang pekakkah!? Aku nak bersendirian pun tak senang!" Marah Fitri lagi sambil membaling bantalnya . Dia menangis dengan kuat sekali . Datin dan dato' tidak tahu nak kata apa lalu terus meninggalkan anak gadisnya itu sendirian .

                                                              ***

    "Kami nak ajak awak berdua pergi tonton wayang . Saja-saja nak release tension ." Ucap Johan sambil tersenyum . Iriana dan Dayang memandang sesama sendiri .

   "Kami berdua sahajakah?" Tanya Iriana . Fahrin dan Johan mengganggukkan kepala mereka . Dayang memandang Iriana sambil berkerut .

   "Kenapa? Nak ajak satu family pergi tengok wayang?" Tanya Dayang dalam nada mengusik . Iriana menggeleng .

   "Kita ajaklah Fitri sekali . Mungkin ini boleh menyelesaikan masalah dia ." Ucap Iriana . Fahrin menggeleng .

   "Saya tak akan bawa dia pergi . Dia nanti akan buat masalah kat sana pula ." Ucap Fahrin . Dayang dan Johan menggangguk . Iriana tertunduk lalu menggelengkan kepalanya .

Bersambung...

Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard