Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 6}
Ahad, 24 April 2016 | 1:00 PG | 0 comments
   Amisyah sampai awal ke sekolah dan meletakkan begnya ke dalam kelas. Dia duduk berehat sebentar sambil meneguk minumannya. Dia berasa amat lega lalu tersenyum sendirian.

   "Hm, baru puas hati aku tengok Afrina tu kena marah. Memang dia layak kena pun. Jangan haraplah aku nak lepaskan dia macam tu ja. Memang taklah!" Ucap Amisyah sambil tersenyum sendirian. Tiba-tiba rakannya, Damia menuju ke arahnya. Mereka berbual seketika lalu terus meninggalkan kelas itu.

   Zafrul turun dari motosikal ayahnya dan bersalaman dengan ayahnya. Dia terus berjalan menuju masuk ke dalam sekolah itu. Dia menaiki satu persatu anak tangga dan ternampak Afrina sedang membengkokkan badannya. Seperti mencari sesuatu.

   "Apa yang kau buat tu?" Tanya Zafrul. Afrina memandang Zafrul. Dia tidak menjawab pertanyaan Zafrul itu lalu terus meninggalkannya. Zafrul memerhatikan Afrina pergi meninggalkannya tanpa sebarang jawapan.

   "Hmm, dia ingat aku ni apa?" Ucap Zafrul lalu terus sambung menuju ke kelas. Sesampainya dia di dalam kelas, dia terus duduk di tempatnya dan berehat.

   Dia memandang beg sekolah Amisyah. Zafrul terdiam seketika lalu terus menuju ke tempat Amisyah. Dia memandang sekeliling. apabila sudah pasti yang orang sudah tidak ada, dia terus membuka zip beg sekolah itu. Tujuannya bukan untuk memberikan apa-apa hadiah atau surat tapi untuk memeriksa.

   Tiba-tiba tangannya mencapai sebuah buku dan melihat nama pemilik buku itu. Zafrul menjadi amat terkejut dan kesal dengan perbuatan Amisyah itu.

   "Inikan buku karangan Afrina. Macam mana boleh ada dalam beg Amisyah?" Tanya Zafrul sendirian. Tiba-tiba Amisyah menegurnya dari belakang.

   "Apa yang awak buat ni? Kenapa buka beg sekolah saya sesuka hati?" Tanya Amisyah sambil merampas buku karangan milik Afrina itu.

   Zafrul merampas kembali buku itu. "Oh, rupanya awaklah yang dah khianati dia. Kenapa awak buat macam ni dekat dia?" Tanya Zafrul sambil memeluk tubuhnya. Amisyah tersenyum tawar.

   "Rilekslah! Perkara biasa sahaja." Ucap Amisyah. Zafrul menggeleng.

   "Rileks? Kenapa awak buat macam ni dekat dia? Jawab pertanyaan saya ni dulu! Awak tahukan yang perbuatan awak ni salah!?" Ucap Zafrul. Amisyah tersenyum dengan sinis sekali.

   Amisyah memandang sekeliling kelas. "Saya tak suka dengan dia tu! Awak tahukan dia tu memang..." Amisyah tidak sempat menghabiskan katanya, Zafrul sudah memotong.

   "Memang apa? Apa yang dia dah buat pada awak? Apa yang membuatkan awak bencikan dia tu?" Tanya Zafrul.  Amisyah merengus marah.

   "Sebab saya tak suka tengok dia rapat dengan awak! Saya tengok dia tu macam mesra sangat dengan awak! Sudahlah Zafrul! Saya sekarang ni, dah tak nak tengok awak melawak dengan dia semua berbagai!" Ucap Amisyah.

   "Amisyah, awak dengar sini baik-baik! Saya kenal Afrina tu dari kecil lagi. Dia tu dah macam kawan baik saya! Yes, walaupun kami selalu bergaduh, macam tak suka antara satu sama lain, tapi kami tetap kawan! Saya kenal dia lebih dari saya kenal awak! Dia lebih tahu saya dari awak!" Ucap Zafrul.

   "Ok! Fine! I don't care! But awak harus tahu sesuatu Zafrul! Dia akan kena juga! Lagi teruk dari yang sekarang ni! Saya tak kisah apa yang orang nak kata, tapi saya tetap dengan keputusan saya!" Ucap Amisyah lalu terus meninggalkan kelas itu mengikut pintu belakang.

   Zafrull tertunduk. Dia tidak tahu yang rakan Afrina, Iman ada terdengar pergaduhan kecil itu. Dia naik sebab mahu meletakkan beg sekolahnya. Iman terdiam seketika.

                                                                              ***

   Afrina duduk termenung di kantin. Rakannya sekadar menyabarkan dia.

   "Macam mana ni? Buku aku dah hilang! Pasti nanti Cikgu Nana yang perasan bagus tu akan merungut lagi! Malu tau tak kena marah!' Ucap Afrina sambil menutup mukanya.

   Iman menuju ke arah mereka semua. Dia duduk sambil tersenyum.

   "Iman, kau ada tak nampak buku aku?" Tanya Afrina. Iman menggeleng. Maya memandang Afrina.

   "Kalau macam tu, kau kenalah beli buku baru dan buat balik semuanya. Aku boleh pinjamkan buku aku! Never mine! It's ok!" Ucap Maya sambil tersenyum.

   Afrina menggeleng. "Kau ingat aku larat sangat nak salin semuanya? Sorrylah! Memang tak!" Ucap Afrina. Tiba-tiba Zafrul menuju ke arah mereka semua.

   Sakinah memandang Zafrul sambil tersenyum. Iman tersenyum lucu. Maya terdiam manakala Laila memandang Zafrul dengan agak hairan. Afrina buat tidak tahu sahaja dan masih melayan perasaannya.

   "Hah, apa yang kau nak? Pergilah sana, aku sedang sedih ni!" Ucap Afrina. Zafrul menggeleng sambil menghulurka buku karangan itu.

   Afrina terbeliak lalu mencapai buku itu. Dia tersenyum sambil memeluk buku itu. Dia mencium buku itu.

   "Wah! Aku dah dapat buku aku balik! Mana kau jumpa?" Tanya Afrina sambil masih lagi memeluk buku itu. Zafrul menggarukan kepalanya.

   Iman memandangnya hairan. Zafrul tersengih sedikit.

   "Err, aku jumpa dalam laci kelas. Masa tu aku nak ambil surat khabar lama nak lap meja aku yang kotor, ternampak buku kau, aku berikanlah balik." Ucap Zafrul. Afrina menggangguk dan tersenyum.

   "Uuuuuuu! Terima kasih sangat-sangat! Kaulah sahabat baik aku dunia akhirat! Hahahaha!" Ucap Afrina. Zafrul berkerut dan menggangguk. Dia meninggalkan mereka semua. Afrina masih memeluk bukunya itu.

   Kawan-kawannya berkerut memandang kerenah keanak-anakkan Afrina itu.

                                                                                 ***

     Semasa tahun enam, semua orang berasa amat hairan kerana Amisyah dan Zafrul telah memutuskan hubungan percintaan. Afrina hanya buat tidak tahu sahaja dan langsung tidak kisah.

   "Peliknya, Zafrul dan Amisyah dah putuskan hubungan! Kau percaya tak?" Tanya Laila sambil duduk di sebuah meja dan menikmati makanan mereka.

   Afrina buat tidak tahu sahaja dan menikmati sandwichnya. Iman menjongketkan bahunya.

   "Mungkin sebab Zafrul dah ada orang lain! Diakan kacak, baginya perempuan ni tak ada masalah." Ucap Sakinah sambil menikmati nasi goreng miliknya. Afrina tidak berkata apa.

   "Maybe, Amisyah curang dengan dia! Amisyah tukan playgirl! Memang tak kisahlah!" Ucap Iman. Sakinah menggangguk.

   "Playgirl? Hmm, macam mana tu ya?" Tanya Maya. Laila menampar dahinya.

   "Dia suka tukar-tukar lelaki! Lebih kurang macam playboy!" Ucap Laila. Maya menggangguk.

   "Aku tahulah! Yang sekarang ni peliknya, playboy couple dengan playgirl! Memang tak tahulah siapa yang nak buang dulu! Tapi aku rasa Zafrul." Ucap Maya.

   Iman memandang Afrina. "Afrina, pada kau, siapa buang siapa?" Tanya Iman.

   "Who's care siapa buang siapa! Aku rasakan, tak pentinglah nak ambil tahu hal-hal diorang! Buangkan masa ja!" Ucap Afrina. Mereka semua terangguk.

                                                                            ***

   Afrina berjalan memasuki ke dalam sebuah kedai haiwan. Dia bercadang mahu membeli seekor haiwan peliharaan. Dia pun teringin nak ada seekor haiwan peliharaan.

   Seorang wanita yang berambut kuning dan nampak seperti kacukkan menuju ke arahnya sambil tersenyum.

   "Ya, nak beli apa? Saya Cik Marie, masih single dan muda. Pengurus kedai haiwan ni. Nak beli haiwan apa ya dik?" Tanya Cik Marie. Afrina mengurut dagunya.

   "Entahlah, saya pun tak tahu nak beli apa. Mak cik rasa apa yang sesuai untuk saya bela?" Tanya Afrina. Cik Marie kelihatan agak kurang selesa.

   "Mak cik? Kakak! Saya masih muda! Baru 25!" Ucap Cik Marie sambil tersenyum. Afrina terdiam dan langsung tidak mengambil kisah dengan teguran itu. Dia kelihatan amat leka.

  "Wah, comelnya kucing ni! Berapa harganya?" Tanya Afrina. Cik Marie menggelengkan kepalanya.

  "Adik,kucing ni bukannya sembarangan! Dia tak makan macam kucing-kucing luar tu makan. Penjagaan dia mestilah rapi! Setiap hari mandi sekali. Makan ikut masa! Makannya hanyalah makanan yang mahal. Tempat tidurnya di tempat yang empuk. Jadi agak sukar sedikit nak jaga dia ni. Adik surekah boleh jaga?" Tanya Cik Marie.

   Afrina menggeleng. "Err, tak apalah! Wah comelnya burung ni! Berapa harganya?" Tanya Afrina. Cik Marie tersenyum.

   "Burung ni memang senang nak jaga. Tak perlu kurung dia dalam sangkar! Dia bebas sahaja! Ikut masa dia akan pulang! Tapi, selalunya burung ni rapat dengan tuan dia!" Ucap Cik Marie. Afrina seperti teruja.


   "Wah, nampak macam menarik ja! Apakah makanannya?" Tanya Afrina. Cik Marie Tersenyum. "Makanannya sekadar bijirin! Tapi tak apa, kalau adik nak beli, akak boleh berikan makanannya percuma. Bila dah habis datang sini dan beli! Haraganya sekadar RM12.00 satu paket gergasi!" Ucap Cik Marie.

   Afrina tersenyum. "Oklah saya nak beli!" Ucap Afrina.

                                                                                      ***

   "Ah, rasa macam nak bagi balik ja dekat Cik Marie! Dia ni memang menyakitkan hati! Perlukah nak duduk atas kepala aku? Tak perlu langsung!" Ucap Afrina. Semua orang yang terlihatnya, semuanya ketawa. Afrina amat malu.

   "Mmmmmmm! Memalukan betul! Burung ni memang nak kena!" Rungut Afrina.

   Burung itu masih berpaut pada kepalanya. Afrina berjalan dengan pantas mahu menuju ke rumahnya. "Mmmmm, nak letak nama apa ya dekat dia?" Tanya Afrina sendirian.

   "Hah, letak nama dia Yeralah! Dia ni jantan, kalau letak nama Mimi, itu nama betina! So, yera jalah! Tak payah nak fikir lama-lama!" Ucap Afrina sambil tersenyum.







                                                                     

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard