Khamis, 17 November 2016

Selfiestar vs novelistar {We meet again} part 1

 
   Syafira berjalan-jalan sambil bermain dengan telefonnya. Memang agak sibuk sedikit dengan kerjanya sebagai seorang guru. Dia duduk di mejanya sambil meletakkan buku-buku nota anak muridnya. Dia akan semak sekejap lagi,

   "Ish, memang sibuk betullah! Nak jumpa kawan-kawan pun susah sekarang ni!" Ucap Syafira sambil meraup wajahnya.

   Waktu persekolahan sudah tamat tetapi dia masih mahu belum pulang. Asyraf pasti sedang duduk bersama dengan papanya, Rafiq yang juga suami kepada Syafira.

   Juliana sudah kahwin tiga bulan lepas, pergi berbulan madu di London. Biasalah, suaminya itu orang berada. Dapatlah juga Juliana berasa menjadi kaya. Nadia baru sahaja bertunang manakala Rina masih tidak bersedia tetapi sudah ada jejaka pujaan hati.

   Tiba-tiba telefonnya berdering. Syafira menjawab panggilan itu dengan pantas.

Syafira: Hello, assalamualaikum! Siapa tu?
Rafiq: Ni, sayalah! Bila nak balik?
Syafira: Oh, nanti Syafira baliklah. Syafira busy sekarang ni!
Rafiq: No, you kena balik sekarang! Asyraf tengah menangis nak jumpa dengan you!
Syafira: Huh, oklah! Jumpa kat rumah! Bye!
Rafiq: Ok.

   Syafira memutuskan panggilannya. Dia mengemas barang-barangnya lalu terus mencapai kunci kereta miliknya. Dia berjalan keluar dari bilik guru itu sambil membawa beberapa buah buku anak muridnya yang ingin disemak.

   "Nak pergi mana tu? Dah nak balikkah?" Tanya seorang guru, Puan Rohana. Syafira tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

   "Haah. Suami dah panggil balik. Yalah, anak nak makan apa?" Ucap Syafira. Puan Rohana mengukirkan senyuman.

   "Oh, yakah. Tulah, dah pukul 3.00 petang. Balik elok-elok ya." Ucap Puan Rohana. Syafira menganggguk lalu terus menuruni satu-persatu anak tangga. Kena cepat untuk pulang ke rumah. Nanti dileter lagi.

                                                                         ***

   "Terima kasih! Sila datang lagi kalau sakit." Ucap Nadia lalu terus masuk ke dalam bilik doktornya. Encik Khairul.

   "Encik, saya balik dulu ya. Waktu kerja saya dah habis. Esok saya datang lagi ya! Insya-Allah." Ucap Nadia lalu terus mengemas barang-barangnya untuk pulang. Encik Khairul menganggukkan kepalanya lalu terus menyambung kerjanya semula.

   Nadia keluar dari hospital itu lalu terus masuk ke dalam keretanya. Dia menghidupkan enjin kereta lalu terus berlalu meninggalkan klinik kecil itu. Dia ternampak satu kedai yang menjual roti canai. Tiba-tiba perut terasa lapar dan ingin menikmatinya.

   Nadia memarkir keretanya di hujung jalan sana. Dia keluar dari kereta itu dan menuju ke arah restoran kecil itu. Dia melihat menu yang terlekat di hadapan kedai. Hmm, memudahkan.

   "Ya adik manis! Mau order apa?" Tanya seorang mamak. Nadia memandang mamak itu sambil tersenyum.

   "Saya nak roti telur dua! Bungkus!" Ucap Nadia. Mamak itu mengangguk lalu terus memberikan order kepada si tukang masak. Nadia berdiri di depan restoran sambil menanti roti canainya.

   Tiba-tiba Syafira datang ke kedai itu sambil membawa anaknya, Asyraf. Asyraf tersenyum teruja. Syafira memandang Nadai dan tersenyum girang.

   "Nadia! Wow! Lamanya tak jumpa dengan kau!" Ucap Syafira. Nadia tersenyum sambil bersalaman dengan rakan lamanya itu.

   "Oh, Syaf! Eh, kau tak balik Pahang?" Tanya Nadia kehairanan. Syafira menggeleng.

   "Aku tukar sini! Senang sikit nak jumpa dengan mama!" Ucap Syafira. Nadia terangguk lalu tersenyum memandang Asyraf.

   "Hai Asyraf. Macam mana sekarang!? Ok duduk KL?" Tanya Nadia. Asyraf sekadar tersengih-sengih sambil mengangguk perlahan.

   "Ju, bila balik sini?" Tanya Syafira. Nadia mencebik sedikit.

   "Maybe minggu depan. Dah seminggu dia dekat London! Lamakan?" Ucap Nadia. Syafira terangguk.

   "Ya adik, mau order apa?" Tanya mamak tadi kepada Syafira pula. Syafira tersenyum lalu memandang Asyraf.

   "Asyraf nak makan apa?" Tanya Syafira kepada anak tunggalnya itu.

   "Asyraf nak makan roti canai kosong ja! Nak milo ais boleh mama?" Ucap Asyraf. Syafira mengangguk sambil tersenyum.

   "Bagi roti kosong satu, kuah asing, saya nak roti telur satu kuah asing juga. Milo ais satu, sirap bandung satu. Makan sini ya mamak." Ucap Syafira. Mamak itu mengangguk lalu terus meninggalkan mereka kembali.

   "Oklah, nanti tak ada tempat pula. Jumpa kau lain kali ya!" Ucap Syafira. Nadia mengangguk. Roti canai buat Nadia telah tersedia. Nadia membayar harganya dan terus berlalu pergi.

                                                                    ***

   "Ish, susahlah kalau macam ni! Kenapa kau hilangkan dokumen tu?" Tanya Rina kepada technicionnya. Technicionnya atau namanya Syamimah hanya tertunduk. Tidak tahu jawapan apa yang harus diberi kepada Rina yang sedang marah.

   "Syamimah! I'm asking you now! Where's the documents?" Tanya Rina sekali lagi. Syamimah masih tertunduk.

   "Kalau selalu macam ni, boleh lingkuk kilang ni aku rasa! Sudahlah, pergi sambung kerja. Malas aku nak layan kau tau!" Ucap Rina lalu terus duduk di atas kerusinya. Alamatnya tak dapat cuti lagilah.

   Nanti akan ada lagi cuti semesta dan Rina bercadang untuk mengambil cuti tersebut. Empat hari pun sudah memadai kerana dia bekerja seperti orang gila.

   Rina berjalan keluar dari pejabatnya itu. Dia mengurut dahinya yang licin itu. Aduh, sudah pukul 5.00 petang, tetapi dia masih belum pulang. Dari 9.00 pagi sampai sekarang masih belum pulang lagi! Diri sudah letih.

   "Rina, tak balik lagikah? Dari pagi tadi aku nampak kau asyik tercongok ja dekat sini. Pergilah balik!" Ucap seorang rakannya yang juga jurutera sepertinya. Fatehah.

   "Ish, aku rasa aku tak boleh balik lagi hari ni! Rasanya pukul 7.00 malamlah baru aku balik! Ingatkah happy hari ni! Dokumen tu pula yang hilang! Nak kena cari! Kalau tak jumpa, buat yang baru! Tak bolehlah ambil cuti! Ish, stupidnya!" Ucap Rina geram. Rakannya hanya mendengar dan menggeleng.

   "Sabarlah Rina! Dugaan! Manusia memang tak akan terepas daripada dugaan dan cabaran hidup!" Ucap Fatehah. Dah macam ustazahlah pula. Rina hanya terangguk dan terus turun dari pejabatnya. Dia menuju ke arah penyambut tetamu dan mengeluarkan telefonnya.

   "Ish, pelase Nadia! Pelaselah jawab!" Ucap Rina sendirian sambil menekup telefon itu ke telinganya.

Nadia: Hello, kenapa ni Rina!? Aku tengah drive ni! Kalau aku kena saman macam mana?

Rina: Kau berhentilah dekat mana-mana dulu! Please, ada hal penting ni!

Nadia: Hmm, yalah! Kejap, kejap!

  Rina menanti, menanti dan menanti...

Nadia: Hello, Rina! Hah, cakaplah! Apa yang penting sangat sampai tak boleh phone lain kali?

Rina: Aku rasa aku tak boleh ambil cutilah! Rasanya, hanya kau, Ju dengan Syaf sajalah yang pergi tengok Prof dekat kolej!

Nadia: Serius? Rina janganlah macam tu! Afasal pula kau tak boleh minta cuti? Syaf sekarang ni pun tengah ada dekat sini! Dia minta tukar! Tak nak kerja dekat Pahang katanya! Tak nak jauh dari mama dia!

Rina: Aku tahu! Hari tu aku dah jumpa dia! Serius cakap memang tak boleh! Banyak sangat hal penting yang belum aku settlekan!

Nadia: Hal apa? Hello, cuti semesta lagi dua minggu, tak akanlah tak sempat nak habiskan urusan penting tu dalam masa yang terdekat ni? Banyak sangat kerjakah?

Rina: Entahlah! I don't know! Kau rasa?

Nadia: Sure boleh, aku pun ada banyak kerja juga! Try juga nak habiskan dalam masa terdekat ni!

Rina: Oklah! Aku try! Hope bolehlah!

Nadia: Oklah, kau tak ada kerjakah? Dah balik?

Rina: Taklah! Ada time rest ni! Oklah, aku nak sambung buat kerja aku! Jumpa lain kali! Assalamualaikum!

Nadia: Oklah! Waalaikumussalam!

   Rina memutuskan panggilan! Dia terus naik ke biliknya untuk menyambung kerjanya semula.

                                                                          ***

   "Oh! Tanah airku yang ku rindu! Lihatlah! Aku sudah pulang!" Ucap Juliana dalam nada teruja. Ya! Dia baru sahaja pulang dari berbulan madu di London dalam masa tiga minggu!

   Juliana berjalan sambil membawa be bagasinya keluar dari kereta suaminya, Irfan.

   "Awak, saya nak jumpa dengan mak! Jomlah hantar saya!" Ucap Juliana. Irfan mengeluh keletihan!

   "Aduh, saya tak laratlah! Ingat tak penatkah drive? Kalau kita nak pergi, dalam pukul 9.00 malam macam tulah! Saya pun letih ni, nak tidur!" Ucap Irfan sambil terus memasuki ke dalam rumah diikuti oleh isterinya,Juliana.

   Juliana memuncung gaya itik. "Huh, ok! Jumpa mak dengan bapa malam ni!" Ucap Juliana lalu terus naik ke biliknya untuk menyimpan barang.

                                                                                        ***

   "Ok, tapi kesianlah pula dekat Rina! Aku tak apa Nadia! Kerja cikgu, student cuti, aku pun cuti juga kecuali ada kursus! Macam Rina tu, engineer! Banyak kerja nak buat! Kau nurse pun, ok juga! Taklah banyak kerja sangat! Ju, model! Rasanya senang!" Ucap Syafira panjang lebar ketika Nadia menelefonnya.

   "Aku tau! Tapi, macam tak bestlah kalau tak ada dia! Kan dia tu kawan baik kau! Tak akanlah tak terasa apa-apa!" Ucap Nadia sambil memeluk tubuhnya. Syafira mengeluh.

   "Huh, aku tahu! Tapi kau pun tahu, dia pasti tak ada masa untuk semua ni!" Ucap Syafira sambil mengeluh panjang. Faham akan rakan baiknya itu.

   Nadia terdiam. "Oklah, nanti aku akan try juga cakap dengan dia sampai dia setuju." Ucap Nadia lalu terus memutuskan panggilan. Syafira tidak tahu apa lagi yang mahu dikatakan kepada Nadia ini. Keras kepala betul!

                                                                           ***

   Pada pagi hari yang sangat tenang dan damai. Kelihatan sebuah rumah besar yang tesergam indah. Di dalamnya, hiduplah sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin.

   Irfan sudah bersiap. Dia berasa agak hairan. Ke mana perginya isterinya, Juliana?

   Irfan memasuki ke dalam bilik. Kelihatan Juliana masih lagi berdengkur.

   Irfan menggeleng. "Juliana! Cepatlah bangun! Dah 8.00 pagi ni." Ucap Irfan. Juliana masih lagi berdengkur.

                      
 
   "Ya Allah! Bangunlah Ju!" Ucap Irfan. Juliana terus terjaga. Dia melihat jam di sebelahnya.

   "Alamak! Dah 8.00 pagi! Kenapa abang tak kejut Ju?" Tanya Juliana tergesa-gesa sambil bangun dan mengemas katilnya.

   "Abang dah kejut banyak kali. Ju tak bangun pun." Ucap Irfan. Juliana menyusun-atur bantal-bantalnya.

   "Dah, cepat mandi. Abang tunggu dalam kereta." Ucap Irfan. Juliana mengangguk lalu terus mencapai tualanya dan menuju ke bilik mandi.

                                                                                        ***

   Syafira sedang duduk di sofanya. Sekarang dia rasa yang dirinya kini tidak menjadi tumpuan oleh suaminya, Rafiq. Rafiq lebih suka bermain dengan telefonnya. Entah apa yang sedang dibeleknya.

   Syafira melihat suaminya sedang tersengih seorang diri sambil bermain dengan telefonnya. Syafira rasa seperti tidak sedap hati. Seperti ada yang tidak kena.

   "Err, abang nak minum kopi? Saya boleh bancuhkan." Tanya Syafira kepada Rafiq. Rafiq sekadar buat endah tidak endah sahaja. Dia tidak langunsg menjawab soalan isterinya itu.

   "Abang nak minum kopi tak?!" Tanya Syafira agak kuat. Rafiq menjadi agak terkejut lalu memandang si isteri. Syafira kelihatan agak marah.

   "Tak apalah. Abang tak haus." Ucap Rafiq lalu terus naik ke biliknya. Syafira memandang Rafiq pergi. Dia tertunduk. Kenapa dengan suaminya itu?

                                                                                    ***

   Syafira berjalan bersama dengan Juliana dan Nadia. Mereka mahu ke tempat kerja Rina. Ya, Rina sudah memohon cuti. Ini kerana, dia selalu kerja! Non stop! Jadi, kerana itulah dia mahu memohon cuti untuk merehatkan kepala otak. Sudah banyak kali dia bekerja. Berbulan-bulan tanpa cuti!

   "Kita tunggu dia dekat sini jalah. Jangan haraplah dapat masuk! Ingat diorang nak bagi sesuka hati?" Ucap Juliana. Syafira dan Nadia mengangguk lalu terus tunggu Rina di satu tempat.

   "Aku mesej dia untuk datang sini lepas kerja ya." Ucap Nadia. Syafira mengangguk.

   "Syafira! Suami kau kerjakah hari ni?" Tanya Juliana tiba-tiba kepada Syafira. Mereka bertiga memegang kipas kerana mahu mengipas diri jika kepanasan.

   Syafira memandang Juliana.


      "Tak, so, dia jaga Asyraf! Alah, bukannya susah pun! Asyraf dan lima tahunkan? Lagipun, aku selalu sangat jaga Asyraf, kali ni, bagilah pula Rafiq jaga." Ucap Syafira. Juliana terangguk.

   "Kau, Nadia, dengan Mio bila nak berkahwin?" Tanya Juliana.

   "Tahun depan." Ucap Nadia. Sekarang suah hujung bulan November. Dia bertunang pada bulan Oktober.

   "Assalamualaikum! Hai!" Ucap Rina. Mereka bertiga tersenyum memandang Rina.

   "Waalaikumussalam. Macam mana? Dapat cuti?" Tanya Nadia. Rina tersenyum.

   "Dapat. Lima hari! Lagi dua hari tu, aku kerja malam. And hari yang lain, kerja pagi Yalah, aku kerja tiga bulan non stop! Kan aku baru! So, kena biasakan diri, tetapi sekarang dah biasa, bolehlah rest sekejap." Ucap Rina. Mereka bertiga terangguk.

   "Oklah tu." Ucap Juliana. Rina tersenyum.

   "So, kita akan pergi melawat prof bila?" Tanya Rina.

   "Start minggu depan." Ucap Syafria. Mereka terangguk.

   "Ingat, pakai uniform! Biar nampak remaja sikit." Ucap Juliana. Mereka terangguk.

   "Afasal? Tak nampak remajakah kita ni? Baru 25!" Ucap Rina. Mereka ketawa kecil.

                                                                                     ***

   Juliana melihat wajahnya pada cermin. Masih muat lagi uniform kolejnya itu. Biasalah! Model, pasti sentiasa menjaga badannya.

   "Beli pun saiz besar. Sebab tu muat." Ucap Juliana sendirian. Dia melihat rambutnya. Dia menggulung-gulung hujung rambutnya.



   "Nak kena buat style dululah kan?" Tanya Juliana sendirian lalu terus mencapai kepit rambutnya. Dia mengepit sebahagian rambutnya seperti biasa yang selalu dia pakai ketika masih belajar.

   "Oklah ni." Ucap Juliana sendirian.

                                                                                   ***

   Professor Mawar berjalan di satu koridor. Waktu dia mengajar sudah tamat. Kini masanya untuk mengajar pelajar yang mempunyai pertandingan alat muzik.

   Semasa dia sedang berjalan, tiba-tiba dua orang gadis berlari ke arahnya.

   "Professor!" Jerit mereka berdua.



   "Professor!" Jerit mereka berdua lagi. Professor Mawar tersedar lalu tersenyum memandang dua bekas anak muridnya itu.

   Nadia dan Rina terus memeluk professor mereka. Professor Mawar tersenyum.

   "Wow! Kamu berdua datang pun nak tengok prof." Ucap Profesor Mawar. Nadia dan Rina menggeleng.

   "Eh, kami tak datang berdua, kami datang berempat!" Ucap Nadia. Professor Mawar berkerut.

   "Oh, mana Syafira dengan Juliana?" Tanya Professor Mawar.

   "Kami di sini!" Jerit mereka berdua serentak. Professor Mawar tersenyum.

   "Prof! Prof tahu tak betapa rindunya kami kepada prof?" Ucap Syafira lalu terus memeluk professor kesayangan mereka itu.

   Professor Mawar tertunduk. Mereka berempat menjadi agak hairan.

   "Kenapa?" Tanya Rina.


      "Tak ada apa-apa. Professor begitu terharu sebab kamu semua sudi datang tengok prof." Ucap Professor Mawar. Mereka berempat tersenyum lalu mengangguk teruja.

   "Tapi, kenapa kamu datang pakai uniform?" Tanya Professor Mawar. Mereka menggeleng sambil ketawa kecil.

   "Ala, saja-saja! Nampak muda lima tahun." Ucap Rina sambil mengenyit matanya.

   "Oh, ok." Ucap Professor Mawar.

   "Jomlah masuk kelas lama kamu tu. Kelas tu kosong. Dah habis student boria gunakan. Pergilah masuk." Ucap Professor Mawar. Mereka berempat mengangguk lalu pergi ke sana.

   "Wow! Oh! Rindunya." Ucap Juliana sambil mendepankan tangannya seolah-olah mahu memeluk kelas itu.

   "Korang, aku nak pergi toilet sekejap." Ucap Juliana lalu terus berjalan menuju ke tandas. Mereka bertiga mengangguk.

   "Prof, buka storlah, jom tengok." Ajak Nadia. Mereka berdua sekadar mengikut. Professor Mawar membuka stor di dalam bilik itu. Mereka semua menjadi agak terkejut melihat keadaan di dalam stor itu. Sangat bersepah.

                                            

   "Ya Allah! Kenapa stor ni tak terurus prof? Prof tak pernah kemaskah?" Tanya Rina. Professor Mawar sekadar mengeluh.

   "Entahlah! Prof dah banyak kali kemas! Bila datang ja student, sure diorang ambil barang sampai bersepah!" Ucap Professor Mawar. Rina sekadar terangguk.

   "Tak apa, kami akan tolong prof kemas stor ni! Ok prof?" Tanya Rina. Professor mengangguk sambil tersenyum. Baguslah!


 bersambung...
 

Tiada ulasan:

} .linkwithin_div { background: #EEEEEE; /* Background color for the related posts container */ padding: 0 10px; border-top: 1px solid #DBDBDB; /* Top border for the related posts container */ border-bottom: 1px solid #DBDBDB; /* Bottom border for the related posts container */ } .linkwithin_text { font-family: Rancho; font-size:15px; /* Size for the related posts title */ color:#000; /* Color for the related posts title */ } a#linkwithin_logolink_0, a#linkwithin_logolink_1, a#linkwithin_logolink_2, a#linkwithin_logolink_3, a#linkwithin_logolink_4, a#linkwithin_logolink_5, a#linkwithin_logolink_6, a#linkwithin_logolink_7, a#linkwithin_logolink_8, a#linkwithin_logolink_9, a#linkwithin_logolink_10, a#linkwithin_logolink_11, a#linkwithin_logolink_12, a#linkwithin_logolink_13, a#linkwithin_logolink_14, a#linkwithin_logolink_15, a#linkwithin_logolink_16, a#linkwithin_logolink_17, a#linkwithin_logolink_18, a#linkwithin_logolink_19, a#linkwithin_logolink_20 { display:none; } .linkwithin_posts { width: 500px !important; /* Width for the related posts container */ } .linkwithin_posts a { border: 0 !important; padding-right: 10px !important; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_posts a:hover { background:url(http://40.media.tumblr.com/adb7f6b6b8c71ac2520091cf19d2ae00/tumblr_mlktwglqwr1qkukogo6_100.jpg) !important; /* Background color on mouseover */ border-radius: 15px; } .linkwithin_img_0 { background: #FFE5FF; border: 1px solid #FFE5FF !important; padding: 2px !important; transition:all .2s linear; -o-transition:all .5s linear; -moz-transition:all .2s linear; -webkit-transition:all .2s linear; } .linkwithin_img_0:hover { background: #FF6699; border: 1px solid #FF6699 !important; padding: 2px !important; opacity:.6; filter:alpha(opacity=60) } .linkwithin_img_0 div, div.linkwithin_img_0, .linkwithin_img_1 div, div.linkwithin_img_1, .linkwithin_img_2 div, div.linkwithin_img_2, .linkwithin_img_3 div, div.linkwithin_img_3, .linkwithin_img_4 div, div.linkwithin_img_4, .linkwithin_img_5 div, div.linkwithin_img_5, .linkwithin_img_6 div, div.linkwithin_img_6, .linkwithin_img_7 div, div.linkwithin_img_7, .linkwithin_img_8 div, div.linkwithin_img_8, .linkwithin_img_9 div, div.linkwithin_img_9, .linkwithin_img_10 div, div.linkwithin_img_10, .linkwithin_img_11 div, div.linkwithin_img_11, .linkwithin_img_12 div, div.linkwithin_img_12, .linkwithin_img_13 div, div.linkwithin_img_13, .linkwithin_img_14 div, div.linkwithin_img_14, .linkwithin_img_15 div, div.linkwithin_img_15, .linkwithin_img_16 div, div.linkwithin_img_16, .linkwithin_img_17 div, div.linkwithin_img_17, .linkwithin_img_18 div, div.linkwithin_img_18, .linkwithin_img_19 div, div.linkwithin_img_19, .linkwithin_img_20 div, div.linkwithin_img_20 { -webkit-border-radius: 100px; -moz-border-radius: 100px; border-radius: 100px; } .linkwithin_title { color: #000 !important; /* Color for titles */ font-family: Englebert !important; font-size: 12px !important; /* Font size of posts titles */ line-height: 24px !important; text-align:center; text-decoration: none; -moz-transition: all 0.5s ease-in-out; -o-transition: all 0.5s ease-in-out; -ms-transition: all 0.5s ease-in-out; transition: all 0.5s ease-in-out; } .linkwithin_title:hover { color: #000 !important; /* Color of posts titles on mouseover */ text-shadow: 2px 2px 3px #FB6265; }