Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {we meet again} part 2
Khamis, 17 November 2016 | 6:07 PG | 0 comments

   Sebaik mereka habis mengemas stor, mereka berehat buat seketika. Rasa letih tidak terhingga.

   "Wow! Penatnya! Prof! Kami lapar! Kami nak makan!" Ucap Juliana tiba-tiba. Syafira sekadar menggeleng.

   "Kau ni, kerja asyik nak makan! Tak ada kerja lainkah apa?" Ucap Syafira. Rina menggeleng.

   "Betullah! Aku pun lapar! Kau tak lapar biarkan jalah! Asalkan perut kami ni harus kenyang!" Ucap Rina. Syafira masih menggeleng. Perangai tak berubah.

   "Hei, jangan bergaduh! Tak perlulah risau! Prof ada buatkan kek puding coklah campur madu! Sangat sedap dan lazat!" Ucap Professor Mawar sambil tersenyum. Mereka berdua yang kelaparan tadi menjadi gembira.

   "Yeah! Prof buat sure sedap! Maklumlah, dah kahwin ni!" Ucap Rina sekadar mengusik! Professor Mawar tersenyum malu.

   "Sekejap prof pergi ambil kek puding tu! Kamu semua rehatlah dulu." Ucap Professor Mawar lalu terus keluar dari bilik itu. Syafira sekadar menggeleng geram.

   "Orang datang sini nak jumpa prof, bukannya makan kek puding!" Ucap Syafira. Rina dan Juliana menjelirkan lidah mereka.

   Syafira menjadi agak geram. "Sudahlah!" Belum sempat Syafira mahu memarah dengan lebih teruk, Professor Mawar tiba sambil membawa sebuah beg galas.

   Professor Mawar mengeluarkan beberapa bekas kek puding dan air kotak. Dia mencapai piring lalu menghulurkan kepada mereka berempat.

   "Tak apalah prof! Saya tak lalu lagi." Ucap Syafira. Nadia turut mengangguk.

   "Samalah. Saya masih kenyang makan sarapan nasi lemak tadi." Ucap Nadia.

   "Yalah. Kamu berdua laparkan?" Tanya Professor Mawar kepada Juliana dan Rina. Mereka berdua tersenyum lalu mengangguk teruja.

   "Sangat lapar prof." Ucap Rina. Professor Mawar tersenyum lalu menghulurkan kek puding itu.

   "Bismillah." Ucap Rina lalu terus menikmati kek puding itu. Juliana pun sama. Tiba-tiba riak wajah mereka berubah lalu terus memuntahkan kek puding itu kembali.


   "Kenapa? Tak sedapkah?" Tanya Nadia. Professor memandang mereka berdua dengan pandangan yang tajam sekali.

   "Err, sedapnya. Saya suka makan! Sangat sedap." Ucap Rina lalu menikmati minuman kotak berperisa apel. Juliana menggeleng.

   "Tak se..." Belum sempat Juliana mahu menghabiskan ayatnya, Rina sudah menekup mulutnya.

  "Apa?" Tanya Professor Mawar agak marah.

   "Sedap sangatlah prof sampai kenyang makan satu sudu." Ucap Rina. Juliana menggeleng. Rina menjegilkan biji matanya pada Juliana.

   "Kalau kau kata tak sedap. Nahas jawabnya tau. Prof bukannya suka kita kata masakannya tak sedap." Rina berbisik pada Juliana. Juliana memandang Professor Mawar lalu tersenyum. Rina melepaskan tangannya dari menekup mulut Juliana.

   "Sangat sedap prof! Kami dah kenyang. Terima kasih." Ucap Juliana.

   "Bukan laparkah tadi?" Tanya Professor Mawar. Juliana dan Rina menggeleng.

   "Tadi. Sekarang dah kenyang! Terlalu sedap." Ucap Rina. Syafira tersenyum lucu. Nadia berkerut.

   Rina mencapai tisu lalu terus mengelap kesan muntahan mereka tadi.

   Professor Mawar mencapai kek puding itu lalu memotongnya.

   "Tentulah sedap. Resepi ni, prof yang reka sendiri." Ucap Professor Mawar lalu terus menikmati kek puding buatannya. Wajahnya berubah. Dia memuntahkan kembali kek puding itu.

   "Macam mana kamu boleh kata sedap?" Tanya Professor Mawar lalu meneguk airnya.

   "Err..." Rina menjadi agak gelabah. Juliana tertunduk.

   "Ah, pedulikanlah perkara tu! Prof, macam mana dengan band prof tu? Ok?" Tanya Rina mahu mengubah topik.

   "Band Snowie? Oh, sangat bagus! Prof sangat berbangga dengan mereka." Ucap Professor Mawar sambil tersenyum. Rina tertunduk.

   "Prof, kami minta maaf sebab menghampakan prof tentang perkara hari itu! Kumpulan Jusyarina sangat teruk!" Ucap Rina. Professor Mawar menggeleng.

   "Tak apa! Prof tak kisah langsung." Ucap Professor Mawar. Syafira tersenyum.

                                                                              ***

   Syafira memasuki ke dalam bilik muzik. Dia melihat ada pelbagai alatan muzik di situ. Dia sangat rindu dengan bilik muzik itu.

   "Wow! Cantiknya gitar ni!" Ucap Syafira lalu mencapai gitar itu. Dia tersenyum.

   "Sekarang ni, anda akan menyaksikan, pemain gitar yang sangat cantik lagi bergaya, Syafira Airah dari kumpulan Jusyarina bermain gitar dengan secara solo! Kini, dipersilakan, Syafira Airah!" Ucap Syafria seakan-akan berangan.



     "Hahaha! Comelnya saya!" Ucap Syafira. Kelihatan Juliana, Rina dan Nadia sedang menghendap.

    "Apa yang dia sedang buat?" Tanya Rina. Juliana dan Nadia mengangkat bahunya tanda tidak faham dengan kelakuan Syafira.

   "Hei, Syafira! Kau buat apa?" Tanya Juliana. Syafria menggelengkan kepalanya dengan laju.

   "Tak ada apa-apalah!" Ucap Syafira. Mereka sekadar ketawa kecil.

   "Yalah sangat! Bukan tadi kau sedang sibuk perasan! Main gitar secara solo, kumpulan, macam-macam!" Ucap Rina.

   "Err, ikut suka hati akulah." Ucap Syafira.

   "Oklah, sekarang ini, kita akan mempersembahkan, Nadia, dari kumpulan Jusyarina! Beliau akan bermain keyboard dengan penuh bergaya! Dipersilakan." Ucap Rina lalu Nadia terus berlakon bermain keyboard lalu ketawa kecil.


   "Hahahaha! Kelakarnya!" Ucap Juliana. Rina mengangguk.

   "Korang, aku nak pergi keluar sekejap." Ucap Syafira.

   "Pergi mana?" Tanya Rina. Syafira menggeleng.

   "Keluar sekejap ja." Ucap Syafira. Mereka bertiga terangguk.

                                                                                   ***

Syafira:Awak nak makan apa-apa tak balik ni? Saya boleh beli perkakasnya masa nak balik sekejap lagi.
Rafiq:Tak apa! Saya makan dekat luar ja.
Syafira:Kenapa awak sekarang ni macam lain ja? Ada masalah?
Rafiq:Masalah? Mana ada? Saya oklah.
Syafira:Habis? Kenapa macam nak jauhkan diri dari saya? Kah awak dah ada orang lain?
Rafiq:Mana awak tahu ni?
Syafira:Apa? Awak ada orang lain ya!?
Rafiq:Eh, silap cakap! Mana ada! Saya sentiasa setia dengan awak.
Syafira:Awak jangan nak memperkotak-katikkan saya! Saya bukannya budak kecil lagi tau!
Rafiq:Ok, nak bawa Asyraf keluar sekejap! Dia nak main dekat taman.
Syafira:Yalah.
Rafiq:Take care!

   Syafira memutuskan panggilannya. Dia menyimpan telefonnya. Dia termenung buat seketika.

                                                                                       ***

    "Prof dah lama nak bagi ni, tapi tak sempat. Korang dah keluar. Sekarang ni, baru nak bagi. Pakai kostum ni." Ucap Professor Mawar. Mereka berempat mencapai kostum itu.

   "Apa? Prof ingat kami ni budak-budak?" Ucap Rina agak geram. Nadia menjadi teruja.

   "Saya nak pakai." Nadia mencapai kostum itu lalu terus berlari untuk ke tandas. Syafira, Juliana dan Rina sekadar memerhati.

   "Saya ni model, tak mainlah pakai kostum yang entah apa-apa ni!" Ucap Juliana. Syafira terdiam.

   "Prof tak kira, kalau kamu semua tak nak pakai, jangan datang sini lagi!" Ucap Professor Mawar agak marah. Mereka mengangguk lalu mencapai kostum itu.

                                                                                  ***

   "Wow, comelnya Syafira pakai!" Ucap Nadia. Syafira sekadar tertunduk malu. Pakai kostum itu memang nampak keanak-anakan.

   "Wow! Comelnya kamu semua! Nampak tak kostum ni, sangat padan dengan warna kulit kamu! Sesuai dengan wajah kamu yang comel itu." Ucap Professor Mawar sambil tersenyum.

   "Kalau pakai kostum maid ni, pasti lagi cute." Ucap Professor Mawar. Mereka seperti tidak rela kecuali Nadia yang sangat gembira.


   "Alah, yang tu cikgu pakailah! Pasti nampak muda! Hihihi." Ucap Syafira. Professor Mawar memandang Syafira dengan tajam. Syafira menjadi agak ketakutan.


   "Oklah, prof saya minta maaf." Ucap Syafira. Professor Mawar tersenyum.

   "Apa tujuannya professor? Kami tak nak pakailah." Ucap Rina. Professor Mawar memandang Rina pula.

   "Kenapa?" Tanya Professor Mawar. Rina menggeleng.

   "Tak, kami dah dewasa prof. Kami rasa, kami tak perlu nak pakai kostum ni semua berbagai! Apa tujuannya, itu tak penting!" Ucap Rina. Professor Mawar mengeluh.

                                                                             ***

   Syafira kelihatan sedang termenung seorang diri sambil bermain dengan telefonnya. Riak awajahnya agak risau dan seperti mempunyai masalah.

   "Kau ada masalah?" Tanya Rina. Syafira menggeleng.

   "Habis kenapa termenung?" Tanya Rina. Syafira menggeleng.

   "Tak ada apa-apa! Aku ok." Syafira mahu pergi tetapi tiba-tiba sahaja Rina menghalang.

   "Jangan lari Syafira! Tak payah nak buat ok sangat! Cakap sahaja masalahnya!" Ucap Rina. Syafria menjadi ketakutan. Sudah macam hantu pula si Rina ini. Syafira memegang rambut Syafira. Syafira menjadi ketakutan. Sudah dirasuk hatunkah si Rina ni?



   "Aaaaaaaaaaaaaaaah!" Syafira menjerit. Rina ketawa terbahak-bahak.

   "Memang lemah semangatlah kau ni. Kelakar!" Ucap Rina. Syafira menggeleng.

   "Jahatlah kau ni Rina! Suka buat orang macam nak mati! Kalau ada lemah jantung, confirm goal!" Ucap Syafira. Professor Mawar, Nadia dan Juliana datang.

   "Sekarang dah pukul berapa?" Tanya Juliana.

   Rina melihat jam di tangannya. "Pukul 5.50 petang." Ucap Rina.

   "Lamanya kamu dekat sini. Tak nak balikkah?" Tanya Professor Mawar. Rina memandang Professor Mawar.

   "Professor sememangnya tak suka kami dekat sini ya?! Nak halau kami!" Marah Rina agak geram bercampur sedih. Professor Mawar menjadi serba-salah.


   "Mana ada! Prof saja ja tanya. Syafira, anak tak rindukah?" Tanya Professor Mawar denga lembut. Syafira menggeleng sambil tersengih.

   "Tulah, pasti suami saya dah rindu." Ucap Juliana. Professor Mawar tersenyum.

   "Jomlah balik, mama saya pun dah mesej suruh balik. Prof pun pasti penatkan?" Ucap Rina. Professor Mawar tersenyum.

   Mereka pun keluar bersama ingin pulang. Sesampainya mereka di hadapan kolej itu. Mereka berempat tersenyum.

   "Kami balik dulu ya, esok kami datang lagi! Bye!" Ucap Rina lalu mereka bermpat pun berjalan seperti menyembunyikan sesuatu di belakang padahal tiada ada apa-apa pun! Skeadar lawak jenakan yang tidak menjadi.


   Professor sekadar bercekak pinggang. Apabila kelibat mereka hilang. Professor Mawar tersenyum.

   Akan menantikan kehadiran mereka pada esok hari.

 bersambung...   

Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard