Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 40}
Sabtu, 3 Disember 2016 | 5:37 PG | 0 comments
   Maya berjalan sambil bermain dengan telefonnya. Sekarang, Maya asyik dengan telefonnya. Dia langsung tidak berjumpa dengan Afrina. Padanya, Afrina dianggap sebagai seorang musuh yang harus dihapus!

   "Perempuan tak guna! Kau ingat kau bagus sangat!? Aku bencilah dengan kau ni! Asyik-asyik nak menyusahkan hidup orang ja! Pergilah duduk dengan pak cik kau dekat sana!" Ucap Maya. Tiba-tiba satu tangan menepuk bahu Maya. Maya menoleh. Kelihatan Afrina sedang mengukirkan senyuman.

   "Apa yang kau nak?" Tanya Maya. Afrina menjadi agak terkejut dengan Maya yang kasar itu.

   "Lama tak jumpa kau. Kau sihat?" Tanya Afrina. Maya tersenyum sinis.

   "Sihat? Hei, kau tak payahlah nak tanya khabar aku! Pergilah berambus, oh, silap, pergilah mati!" Ucap Maya. Afrina menggeleng tidak percaya.

   "Kenapa kau cakap macam ni? Apa salah aku? Apa yang aku dah buat sampai kau bencikan aku?" Tanya Afrina. Maya menjeling Afrina dengan menyampah dan terus menolak tubuh Afrina. Afrina terjatuh dan memegang bahunya.

   "Kenapa dengan kau ni Maya? Apa salah aku?" Tanya Afrina tidak mahu mengalah. Maya merenung Afrina dengan tajam sekali.

   "Hei, perempuan! Kau pergi mampuslah! Afasal kau tak mati ja masa aku tolak kau masa form 3 dekat jalan tu? Kenapa Allah sayangkan perampas macam kau?!" Maya menjadi sangat marah. Afrina menggeleng sambil menitiskan air mata yang tidak dapat ditahan.

   "Apa yang kau cakap ni? Kau tak sengajakan masa tu?" Tanya Afrina mahukan kepastian. Air matanya semakin deras.

   "No! Aku memang saja nak tolak kau! Aku nak kau mati! Mati!" Ucap Maya lalu terus berlalu pergi. Afrina masih menangis. Dia mengusap air matanya yang deras itu.

   "Afrina!" Ucap satu suara. Afrina menoleh. Kelihatan Sakinah sedang berdiri di hadapannya.

   "Kenapa ni?" Tanya Sakinah sambil menghulurkan tangannya untuk membantu sahabat baiknya itu untuk berdiri. Afrina mengusap air matanya dan menggeleng.

   "Aku ada buat salah dekat Mayakah sampai dia benci aku macam tu?" Tanya Afrina. Sakinah hairan. Apakah maksud sahabat baiknya itu?

   "Apa?" Tanya Sakinah. Dia menghulurkan botol mineralnya agar Afrina dapat menikmatinya bagi menenangkan diri.

  "Apa salah aku dekat Maya?" Tanya Afrina lagi.


   "Dah, Afrina. Kalau kau fikir macam ni, sampai bila pun tak dapat settle." Ucap Sakinah. Afrina menggeleng dengan sebak.

   "Kenapa dia benci aku sampai macam tu?" Tanya Afrina. Sakinah sekadar menggeleng dan memimpin rakannya untuk pulang.

  ***

   Fakrul sedang berjalan-jalan dengan Afrina taman bunga. Afrina sekadar mendiamkan dirinya. Tidak tahu apa yang mahu dibualkan. Dia lebih memikirkan tentang salahnya terhadap Maya.

   "Saya ajak awak datang sini bukannya saja-saja. Ada sebab." Ucap Fakrul. Afrina tidak menunjukkan sebarang reaksi.

   "Awak dengarkan, apa yang saya cakap ni?" Tanya Fakrul. Afrina memandang Fakrul lalu mengangguk.

   "Jadi, apa sebabnya?" Tanya Afrina seperti endah-tidak endah. Fakrul menundukkan wajahnya sedikit dan memberhentikan langkahnya. Afrina memandang Fakrul dan berkerut.

   "Kenapa ni?" Tanya Afrina. Fakrul menggeleng.

   "Saya selalu tunggu masa untuk jelaskan ini dan akhirnya, saya dah dapat! Inilah masanya untuk berterus-terang." Ucap Fakrul. Afrina berkerut. Apa yang dikatakan oleh lelaki yang bernama Fakrul ini langsung tidak difahaminya.

   "Fakrul, awak ni suka sangat mengarut. Dari kecil sampai besar. Tak habis-habis dengan mengarut. Awak ingat ni dramakah apa?" Tanya Afrina sambil ketawa kecil dan menendang seketul batu kecil. Fakrul tidak tersenyum mahupun ketawa.

   Afrina memandang Fakrul yang asyik tertunduk itu. Kenapa dengan lelaki ini? Dia tersilap cakapkah tadi?

   "Fakrul, awak ok?" Tanya Afrina dengan lembut. Fakrul menggeleng.

   "Saya sebenarnya..." Fakrul tidak dapat meneruskan percakapannya. Seperti ada sesuatu yang tersekat pada kerongkongnya. Afrina memandang Fakrul dengan pandangan yang hairan.

   "Apa?" Tanya Afrina. Fakrul menggeleng.

   "Apa?" Tanya Afrina lagi.

   "Saya sebenarnya sukakan awak. Dari kali pertama bertemu. Hati saya dah suka dekat awak. Saya harap, cinta saya ni tak bertepuk sebelah tangan." Ucap Fakrul. Afrina tergamam. Betulkah apa yang didengarnya dari mulut lelaki itu?

   "Kalau awak nak buat lawak, please, bukan macam ni! Benda ni tak lawak!" Ucap Afrina. Dia menjadi kurang selesa.

   "Saya tak buat lawak. Saya serius!" Ucap Fakrul. Afrina menjadi gelabah.

   Afrina terus berlalu pergi. Fakrul tidak menghalang mahupun menahan. Dia hanya membiarkan sahaja Afrina pergi begitu sahaja.



   ***

   Maya sedang termenung di dalam biliknya. Dia membaringkan dirinya di atas katilnya. Dia mengusap wajahnya. Fikiran menjadi kusut.

   "Ish, hidup tak pernah tenang kalau perempuan tu datang! Matilah!" Jerit Maya seorang diri.

   Maya melihat wajah Zafrul di telefonnya. Dia menitiskan air mata.

   "Jantan tak guna!" Maya membaling telefonnya ke bawah. Habis pecah. Dia mengusap wajahnya.

   Maya masih menangis.

   "Sia-sia hidup aku! Kau memang tak guna!" Ucap Maya. Dia mengusap air matanya.

   "Apa yang ada dekat perempuan tu? Cantik? Kau buta!" Ucap Maya lagi. Dia menumbuk dinding dan masih menangis. Dia kini hanya mampu menangis sahaja. Dia seperti sudah menjadi gila.

   "Jantan tak guna!!" Jerit Maya dengan sekuat hatinya. Dia mengusap wajahnya yang penuh dengan air mata. Wajah cantiknya itu menjadi merah.

   ***

   Sakinah berjalan mahu pulang ke rumahnya. Jam sudah menunjukkan jam 9.00 malam. Dia baru pulang dari melawat anak saudaranya yang sakit di hospital.

   "Baru balik?" Tanya Fakrul sambil mengukirkan senyuman pada Sakinah. Sakinah membalas senyuman itu.

   "Haah, tengok anak saudara sakit dekat hospital." Ucap Sakinah. Fakrul terangguk.

   "Kau nak pergi mana Fakrul?" Tanya Sakinah. Fakrul menggeleng.

   "Nak balik juga." Ucap Fakrul. Sakinah tertunduk.

   "Kenapa?" Tanya Fakrul. Sakinah menggeleng.

   "Aku peliklah dengan Afrina." Ucap Sakinah. Fakrul terdiam.


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard