Izzati novels
Cinta yang entah apa-apa {Bahagian 41}
Ahad, 4 Disember 2016 | 2:32 PG | 0 comments
   "Maya tu memang, tak habis-habis menyusahkan hidup orang! Hari tu, aku nampak dia nak letak racun dalam minuman Afrina! Tapi, tu dulu punya kisah! Masa tu dekat hospital!" Ucap Fakrul Sakinah terangguk.

   "Aku pun tengok Maya tu macam dah gila! Aku tak tahu apa masalah dia sampai macam tu sekali dia nak balas dendam dekat Afrina. Afrina tak buat apa pun dekat dia! Makin lama, aku makin benci dekat dia tu! Makin meluat!" Ucap Sakinah.

   "Jadi, kau rasa masa Afrina menangis tadi disebabkan oleh Maya?" Tanya Fakrul mahukan kepastian dari gadis berambut coklat itu. Sakinah memandang Fakrul lalu mengangguk.

   "Ya, Aku sure 100% sebab masa aku nak datang sini tadi, aku terserempak dengan dia. Aku tegur tapi dia buat tak tahu ja. Dia buat macam aku ni tak wujud dekat situ!" Ucap Sakinah. Kedengaran dari suaranya itu yang dia sangat benci terhadap kelaku gadis itu.

   "Kau sabar jalah. Kalau nak marah dia, nanti menangis lagi. Menyampah aku!" Ucap Fakrul sambil memeluk tubuhnya. Sakinah mengangguk setuju.

   "Betul juga cakap kau." Ucap Sakinah. Geram juga dengan perangai Maya yang semakin lama semakin mengada dan sombong. Tahulah cantik, tak payahlah nak berlagak sangat!

   "Sabar jalah." Ucap Fakrul sekali lagi.

                                                                                ***

   Di malam yang agak suram, kelihatan satu susuk tubuh sedang berjalan menghirup udara yang amat segar di Pekan Mochi yang semakin berubah itu. Gadis itu kelihatan agak suram.  Sama dengan cuaca di malam hari itu. Gadis itu baru sahaja balik dari kedai Pak Mad.

   Afrina memeluk tubuhnya sambil menundukkan wajahnya. Tiba-tiba satu tubuh yang bulat hinggap di bahu Afrina. Berbulu. Yera tersenyum ke arah Afrina. Afrina melihat Yera dan mengukirkan senyuman manisnya.

   "Kenapa ni Yera?" Tanya Afrina sambil membelai burung comel dan gemuk itu. Yera menggelengkan kepalanya. Afrina tertunduk.

   "Hai Afrina." Tegur seseorang. Afrina menoleh dan kelihatan Alfi sedang tersenyum. Afrina membalas senyuman itu. Alfi mengikut langkah gadis itu.

   "Seorang ja? Mana yang lain?" Tanya Alfi. Afrina mengangguk.

   "Entahlah, ada-kalanya, kita nak juga bersendirian! Betul kan?" Tanya Afrina. Alfi mengangguk tanda setuju.

   "Tapi, Maya sentiasa bersendirian." Ucap Alfi. Afrina menghentikan langkahnya. Dia memandang lelaki yang sedang berbicara dengannya itu tajam.

   "Maya? Kenapa tiba-tiba kau babitkan dia dalam hal aku ni?" Tanya Afrina agak marah. Alfi menjadi agak terkejut juga melihat kelakuan Afrina yang berbeza itu.

   "Err, aku saja nak cakap? Kenapa? Kau gaduh dengan diakah?" Tanya Alfi. Afrina menjadi suram dan tertunduk sekejap. Dia kelihatan sedih.


   "Kenapa ni?" Tanya Alfi. Afrina tidak berkata apa.

   "Maafkan aku kalau aku ada menyinggun perasaan kau." Ucap Alfi. Afrina tersenyum tawar dan menggeleng.

   "Tak. Mana ada! Cuma, sedih sikit. Yalah, persahabatan dulu yang sangat erat kini menjadi renggang! Sebab seorang lelaki." Ucap Afrina. Alfi terangguk.

   "Tapi, Zaf tak bersalah." Ucap Alfi. Afrina memandang Alfi.

   "Tak bersalah? Kau rasa dia tak bersalah? Cuba kau ingat balik! Dia seakan-akan berikan harapan palsu! Aku banyak kalilah jumpa dia dengan Maya dulu masa darjah enam sedang keluar. Suap-suap semua berbagai! Aku saja-saja buat tak tahu apa-apa! Kau ingat aku apa?" Marah Afrina agak sebak.

   "Tapi, aku tak pernah kisah. Aku sekadar biarkan sahaja! Tapi, bila dia cakap dekat Maya yang dia tak ada apa-apa dengan Maya dan berkawan hanya mahu tahu tentang aku, aku rasa bersalah sangat! Aku rasa aku ni perampas! Aku rasa yang diri aku ni tak berguna!" Ucap Afrina lagi. Alfi terdiam.

   "And then, you said that, Zafrul not guilty of this?" Afrina agak marah.

   "Kau nak gaduh lagi dengan Zafrul? Kau nak benci dia pula?" Tanya Alfi. Afrina tertunduk lalu mengangguk.

   "Apa salahnya? Dah perangai macam tu! Just want to do splits only!" Ucap Afrina. Alfi menggeleng.

   "You definitely want to hate Zaf forever and want to blame him?" Tanya Alfi lagi mahukan kepastian. Afrina memandang Alfi.

   "Yes! Ini semua angkara dia!" Marah Afrina sambil mengusap air matanya yang mengalir.

   "Afrina, kau dengar sini baik-baik! Siapa yang selamatkan kau masa kau hampir dibunuh oleh bekas teman lelaki mama kau?" Tanya Alfi.

   "Apa yang kau..." Alfi memotong ayat Afrina itu dengan cepat.

   "Siapa?" Tanya Alfi tegas. Afrina tertunduk.

   "Zaf." Jawab Afrina.

   "Amisyah dulu sangat bencikan kau dan sekarang dia dah ok! Tapi aku nak ungkit juga sebab kau masih nak berdendam! Amisyah pernah suruh Zaf cederakan kau tapi Zaf tak sanggup dan dia minta putus dari Amisyah sebab kau!" Ucap Alfi lagi. Afrina memandang Alfi dengan riak wajah yang terkejut.

   "Kau selalu pukul dia, caci dia! Tapi dia tetap cool!" Ucap Alfi lagi. Afrina menggeleng.

   "Sudahlah Alfi! Itu perkara sudah bertahun-tahun dulu! Now kita dah 20! So, please! Jangan ungkit lagi!" Ucap Afrina.

   "Kau ingat masa kau masuk wad accident masa form 3? Maya nak racuni kau!" Ucap Alfi. Afrina terbeliak biji matanya setelah mendegar kata-kata Alfi. Afrina menggeleng tidak percaya.

   "No! Jangan nak fitnah ok!" Ucap Afrina. Alfi menggeleng.

   "Aku tak fitnah! Zaf beritahu aku sebab dia dengar perbualan Fakrul dengan Maya. Fakrul tampar dia! Kau tak tahu?" Ucap Alfi. Afrina tertunduk.

   "Afrina, kau fikirkanlah! Jangan jadi bodoh." Ucap Alfi lagi lalu terus pergi. Afrina menjadi sebak. Dia menggeleng tidak percaya.

                                                                                 ***

   Maya mengurut pipinya dan memandang Afrina dengan bengis sekali. Berani sekali Afrina menamparnya.

   "Hei, perempuan! Apa kau buat hah?! Kau gilakah?!" Tanya Maya dengan marah sekali. Afrina menggeleng.

   "Jangan nak berpura-pura Maya! Tell the truth! Betulkah kau cuba nak bunuh aku?" Tanya Afrina. Baru dia teringat kata-kata Yera semasa dia menolak air yang dihulurkan oleh Maya buatnya.

   Careful with water.

   Jadi, Maya cuba mahu meracuni Afrina sebanyak dua kali. Afrina menggeleng tidak percaya. Sanggup rakan karibnya itu mahu membunuhnya.

   "Hei, bila masa aku nak bunuh kau!? Don't be crazy!" Marah Maya.

   Afrina menggeleng. "Jangan nak tipulah Maya. Cakap ja benda betul yang kau cuba nak bunuh aku masa ada dekat pusat bermain badminton and dekat hospital! Cakap ja!" Ucap Afrina sangat marah. Maya tersenyum sinis dan menepuk tangannya.

   "Wow! Kisah masa form 3 dulu pun kau nak ungkit ya? So, kau dah tahu?" Tanya Maya dengan sinis sekali.

   Afrina menjadi berang dan menampar pipi Maya sekali lagi.

   "Perempuan tak guna!" Marah Maya lalu menampar semula pipi Afrina.

   Afrina menjadi sebak. "Kau yang tak guna! Kau memang tak kenal dek untung! Kau hipokrit! Aku sangka kau kawan yang sejati tapi kau tikam belakang aku! Apa yang kau nak dari aku?" Marah Afrina dengan sekuat hatinya. Dia sudah tidak tahan lagi.

   Maya tersenyum sinis. Afrina, musuhnya mahu minta penjelasan darinya.


Older Post | Newer Post
Say HI !
Hello there! I hope you love my novels and bass song! Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard