Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {R&R story part 3}
Sabtu, 9 September 2017 | 10:44 PTG | 14 comments

 “S  aya tak nak cerita terlalu panjang sangat cerita silam saya tentang percintaan kami. Nanti, awak juga yang panas hati." Ucap Rafiq. Syafira begitu geram lalu membantah.


 "Sekarang ni pun aku dah panas hati. Tinggal nak meletup ja." Ucap Syafira begitu garang.

 "Saya begitu geram sekali kerana saya dapat tahu yang Ralicia cintakan lelaki lain. Lelaki lain tu tak apa lagi, kawan baik saya sendiri." Ucap Rafiq menyambung ceritanya.

Kisah silam Rafiq...

 Ralicia berjalan keluar dari kelasnya. Tiba-tiba dia terserempak dengan Rafiq lalu dengan wajah yang bersinar, dia terus menegur.

 "Hai Rafiq! Tak balik lagikah? Dah nak malam ni." Ucap Ralicia. Rafiq memandang gadis itu dan tersenyum. Dia menggeleng.

 "Nak tunggu Farid kejap. Dia janji nak keluar lepak sekejap. Kejap ja. Awak pergilah balik." Ucap Rafiq. Ralicia tersenyum dan mengangguk.

 "Of course, I nak balik. Ok, take care of yourself, dear! Bye." Ucap Ralicia lalu terus berlalu pergi. Rafiq tersenyum.

 "Awak yang patut jaga diri!!" Jerit Rafiq. Ketawa Ralicia dapat didengar oleh Rafiq. Rafiq menggeleng.

                                                                           
                                                                             

 Farid melihat jam di tangan dan berjalan dengan pantas. Dia sudah lambat mahu lepak dengan Rafiq.

 "Ish, kena cepat! Kena cepat!" Ucap Farid.

 "Cepat jumpa Rafiq?" Tiba-tiba satu suara menegur. Langkah kaki Farid terhenti dari berlari laju seperti pelari olimpik. Farid menoleh dan memandang tuan empunya suara itu.

 "Ralicia. Kau tak balik lagi? Dah pukul berapa dah ni." Ucap Farid. Ralicia tersenyum dan berjalan menuju ke arah Farid. Farid mengundurkan dirinya ke belakang dengan perlahan.

 "Aku tak balik lagi sebab aku nak tunggu kau." Ucap Ralicia. Farid menggaru kepalanya yang tidak gatal dan berkerut.

 "Tunggu aku? Oh, sebab Rafiq. Rafiq sekarang ada kat..." Belum sempat mahu menghabiskan ayat, Ralicia sudah memotong.

 "Ish, mana ada aku nak tunggu Rafiq. Apa yang kau merepek ni?" Tanya Ralicia. Farid berkerut.

 "Habis, kau nak tunggu aku untuk apa, Ralicia? Rafiq kan boyfriend kau." Tanya Farid. Ralicia ketawa kecil.

 "Ish, macam budak-budak. Tak akanlah tak boleh detect aku nak tunggu siapa? Of course kau, Farid." Ucap Ralicia. Farid terkejut beruk mendengarkan ayat itu.

 "Kenapa kau nak tunggu aku? Kau jangan nak buat gila, Ralicia. Aku tak akan khianat kawan aku." Ucap Farid. Ralicia tersenyum dan menggeleng.

 "Khianat apanya? Rafiq mana ada tahu kalau aku suka kau pun. Dia tu tak akan tahu kalau tak ada orang yang pecahkan tembelang." Ucap Ralicia.


 "Dah, jangan mengarut Ralicia!" Farid ingin pergi tetapi Ralicia menghalang. Ralicia ketawa kecil.

 "Farid, kau ni memang dasar bodohkan? Tak akanlah couple dengan girlfriend member pun dianggap khianat. Zaman sekarang dah moden. Please jangan berfikiran macam budak baik sangat!" Ucap Ralicia. Farid menggeleng.

 "Mungkin aku ni budak bodoh. Mungkin aku tak moden macam orang lain termasuk kau, Ralicia. Tetapi, walau apa pun yang terjadi. Aku tak akan khianat kawan aku sendiri! Kau faham tu!" Ucap Farid lalu terus berlari untuk meninggalkan kawasan itu. Ralicia tidak menghalang.

 "Hahaha! Bodoh! Kau bodoh Farid!" Ucap Ralicia sambil ketawa jahat.

                                                                 
 
 Farid berjalan menuju ke arah Rafiq. Rafiq bercekak pinggang.

 "Awal gila kau sampai?" Tanya Rafiq seakan menyindir. Farid menendang kaki Rafiq lalu duduk di sebelahnya.

 "Sekurang-kurangnya aku datang juga, bro." Ucap Farid. Rafiq ketawa kecil dan mengangguk.

 "Afasal berpeluh-peluh? Kena kejar dengan anjing? Atau kena kejar dengan peminat perempuan?" Tanya Rafiq sambil mengangkat keningnya. Farid menrengus geram.

 "Ish, diamlah Rafiq. Satu hari tak sindir memang bukan kaukah?" Marah Farid. Rafiq memuncung.

 "Alah, jantan ni. Nak kacau sikit pun salah. Rileklah." Ucap Rafiq.

 Farid terkenang peristiwa tadi dan memandang Rafiq. Rafiq sedang melihat gelagat manusia. Farid tertunduk.

 "Hm, member apa entah apa kau ni? Nak kacau sikit pun marah. Kalau macam tu, lebih baik duduk dalam hutan. Tak akanlah dengan member sendiri pun nak tunjuk panas kepala?" Ucap Rafiq agak geram. Farid masih tertunduk.


 "Bodoh. Tak guna." Ucap Rafiq lagi. Farid masih tertunduk.

 'Rafiq, aku ni kau katakan tak berguna? Kalau aku ni bukan member kau, aku takkan lari dari Ralicia bila dia kata yang dia nak couple dengan aku. Aku tak nak khianat kau. Aku kesian dekat kau.' Ucap Farid dalam hati.

 "Huh, kalau setakat datang sini nak menganga baik blah kan?" Rafiq ingin berdiri tetapi Farid menghalang.

 "Sorry, bro. Tadi tu aku penatlah. Kau pun satu, bodoh. Dah aku datang dalam keadaan penat. Bagi timelah nak rest. Ni, kau kutuk aku macam-macam. Macam mana aku tak marah?" Farid cuba memujuk. Rafiq merenung wajah Farid lama-lama.

 "Afasal kau lari? Jalan rileks, rileks tak bolehlahkah? Kaulah yang tak ada otak dan bodoh." Ucap Rafiq. Farid menggeleng.

 "Sebab aku tak nak lambat lepak dengan kau." Ucap Farid. Rafiq terangkat kening dan ketawa kecil.

 "Oklah, sorry, bro. Kau ni member berguna." Ucap Rafiq sambil menepuk-nepuk belakang Farid. Farid tersenyum dan menduku kepala Rafiq. Mereka memang sahabat sejati.

                                                                         

 Syafira memejamkan matanya sambil memeluk tubuhnya. "Semua ni, Farid yang ceritakan?" Tanya Syafira.

 Rafiq memandang Syafira lalu menganggukkan kepalanya.

 "Bodoh! Ralicia tinggalkan kau lepas tu terhegeh-hegeh nakkan dia balik! Memang kau bodoh Rafiq! Bodoh!" Marah Syafira. Rafiq menggeleng.

 "Bukan Ralicia yang tinggalkan aku. Tapi, sebaliknya." Ucap Rafiq. Syafira menggeleng.

 "Hei, jangan jadi bodoh. Dia cintakan Farid. Berlaku curang dan kenapa kau nak kejar dia balik hari ni?" Tanya Syafira.

 "DENGAR DULU SYAFIRA!" Ucap Rafiq. Syafira menggeleng lalu terus berjalan keluar dari rumah sambil membawa barang-barangnya.

 "Syafira, tolong jangan buat macam ni." Ucap Rafiq. Syafira menolak Rafiq dengan kasar lalu mendukung anaknya, Asyraf. Dia meletakkan Asyraf ke dalam kereta.

 "SYAFIRA!" Rafiq memegang lengan Syafira. Syafira dengan begitu garang sekali terus menggigit tangan Rafiq. Rafiq terus mengerang kesakitan. Memang Syafira ni kasar.

 "Jangan sentuh aku!" Marah Syafira lalu terus masuk ke dalam kereta. Asyraf terjaga dan memandang mamanya.

 "Kita nak pergi mana ni, mama?" Tanya Asyraf. Syafira tersenyum.

 "Kita akan pergi jalan-jalan." Ucap Syafira. Rafiq mengetuk-ngetuk tingkap kereta Syafira. Syafira tidak mempedulikannya.

 "Papa tak ikut?" Tanya Asyraf.

 "Diakan sibuk. Asyraf pergi dengan mama ja." Ucap Syafira lalu terus memandu kereta itu dengan laju keluar dari kawasan rumah itu. Rafiq ingin mengejar tetapi tidak mampu. Hanya tinggal adalah asap kereta tersebut. Rafiq tertunduk. Air matanya sudah mula mengalir.


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard