Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {R&R story part 4}
Ahad, 15 Oktober 2017 | 9:08 PG | 12 comments

 ð’® yafira keluar dari keretanya sambil memimpin tangan Asyraf. Dia mengetuk pintu rumah ibu dan bapanya itu sambil mengusap air mata yang masih mengalir dari tadi. Asyraf sekadar melihat kelakuan mamanya itu.

 Tiba-tiba pintu dibuka. Mak Jah memandang Syafira. Syafira tersenyum tawar. Mak Jah berkerut.

 "Kenapa Syafira balik? Mana suami kamu?" Tanya Mak Jah. Syafira menggeleng lalu terus masuk ke dalam rumah beserta dengan Asyraf. Tiba-tiba mama dan papanya muncul. Syafira tidak boleh menahan tangisannya lagi.

 "Mama!" Syafira begitu sedih lalu terus berlari memeluk mamanya. Dia menangis sesungguhnya. Asyraf hanya memandang sambil didukung oleh papa Syafira. Mama Syafira hairan juga sebenarnya. Mak Jah sekadar melihat situasi tersebut. Sudah boleh agak apa yang dah terjadi.

 Mama kepada Syafira hanya mengusap lembut kepala anak tunggalnya itu.

 "Kenapa ni? Apa masalah, Syaf? Mana Rafiq?" Tanya mamanya. Syafira menggeleng dan masih menangis. Sampai tersedu-sedu dibuatnya. Papanya tertunduk.

 "Rafiq mama! Rafiq!" Ucap Syafira lagi. Mamanya agak hairan.

 "Kenapa? Apa dah jadi pada Rafiq?" Tanya mamanya. Syafira tidak dapat meneruskan ayatnya.

 "Rafiq buat halkah Syafira? Dia buat apa? Apa dah jadi padanya?" Tanya papanya. Asyraf sekadar menggaru kepalanya.

 "Sudah, pergi masuk bilik dulu. Nanti dah ok, cerita dekat papa dan mama." Ucap papanya. Syafira menggeleng.

                                                                                💮🍬💮

 "Rafiq ada perempuan lain? Bekas kekasih dia? Datang nak huru-harakan keluarga kamu? Astaghfirullah! Kenapa Rafiq sanggup buat macam tu?" Tanya mama Syafira. Syafira sekadar menggeleng dan mengangkat bahunya.

 "Manalah Syaf nak tahu mama. Syaf dah tak nak ambil tahu! Syaf tak suka nak tahu! Syaf benci dia mama! Syaf benci!" Ucap Syafira begitu geram sekali. Papanya menggeleng.

 "Sabar, Syafira. Papa faham perasaan kamu. Perkara ni boleh bincang." Ucap papanya. Mamanya mengangguk tanda setuju.

 "Ya, kamu kena banyak bersabar, sayang. Mama sangat-sangat faham sebab mama perempuan. Mama tahu apa yang kamu rasa sekarang ni." Ucap mama Syafira sambil mengurut belakang anak gadisnya itu. Syafira terdiam.

 "Syafira kena kuat. Demi anak Syafira." Ucap papanya lagi. Syafira mengetap giginya. Begitu geram sekali.

 Syafira terus bangun dari sofanya itu. Dia terus berjalan menaiki satu-persatu anak tangga untuk memasuki ke dalam biliknya. Dia memulas tombol pintu biliknya dan terus membaringkan dirinya di atas katil. Dia menggaru-garu matanya yang tidak gatal kerana mengantuk. Dia melihat Asyraf yang sedang tidur dengan lena di sebelahnya. Dia tersenyum.

 Dia mencapai telefonnya. Ada tujuh panggilan telefon yang tidak berjawab dari Rafiq. Syafira meneliti skrin telefon itu lama-lama lalu terus meletakkannya di atas meja sebelah katilnya. Dia termenung. Betul juga kata papanya. Dia perlu kuat demi Asyraf.

 Tiba-tiba telefonnya berdering lagi. Dari Rafiq. Dia tidak mahu menjawab panggilah telefon itu. Dia mengetap giginya dan memejamkan matanya. Dia tidak mahu ambil tahu lagi tentang lelaki itu.

                                                                           ðŸ’®ðŸ¬ðŸ’®

 "Ya Allah. Dia marahkan aku lagi sampai call kali kelapan pun tak nak jawab. Apa aku dah buat? Astaghfirullah! Dugaan apa ni?" Ucap Rafiq sendirian. Dia terus mencapai kunci motosikalnya dan keluar dari rumah. Dia terus menunggang motosikalnya dan ingin menuju ke satu destinasi.

 Sesampainya ke destinasi, dia terus turun dari motosikalnya. Tiba-tiba pintu rumah itu dibuka. Kelihatan Mak Jah sedang memandang ke arah Rafiq. Rafiq tersenyum manis ke arah Mak Jah.

 "Hmm, buat apa kat sini?" Tanya Mak Jah. Rafiq menggeleng. Dia melihat kereta Syafira. Memang itu kereta isterinya yang sedang merajuk.

 "Assalamualaikum Mak Jah. Saya datang nak jumpa Syafira. Saya nak jumpa dan nak bawa dia balik ke pangkuan saya." Ucap Rafiq.

 "Ya Allah! Pergilah tanya mama dengan papanya. Jangan tanya Mak Jah. Mak Jah cuma bibik kat sini. Masuklah." Ajak Mak Jah. Rafiq tertunduk lalu terus berjalan masuk ke dalam rumah besar itu. Rafiq dijemput duduk sementara menunggu mama dan papa Syafira datang untuk bertemu menantu mereka.

 Mama dan papanya datang menghampiri Rafiq. Rafiq berdiri dan terus bersalaman dengan mereka.

 "Apa yang kamu dah buat dekat Syaf?" Tanya mamanya begitu geram sekali. Papanya menenangkan isterinya itu.

"Sabar. Kita bincang elok-elok. Awak ni jangan nak macam budak-budak sangatlah." Ucap suaminya begitu tenang. Rafiq terangguk.

 "Amboi, abang ni! Tak mungkin saya nak sabar dan bincang elok-elok. Dia dah buat anak kita sengsara! Hei, kenapa kamu ni tak boleh nak hargai dia? Apa yang dia buat dan dah susahkan kamu? Apa hah? Syaf tu pun satu, suruh kahwin dengan Kamal tak nak! Tergilakan juga lelaki ni. Tengok, kan dah kena! Hei, kalau betul-betul sayangkan dia, kamu tak akan buat macam ni dekat Syaf! Ish, geramnya aku!!" Ucap mama Syafira begitu baran sekali. Rafiq tertunduk.

 "Ya Allah! Bawa-bawalah mengucap sikit. Sabar. Kita dengar dulu apa yang budak ni nak. Apa yang Rafiq nak cakap. Kah salah faham. Mana kita tahu." Ucap papanya masih lagi masuk sebelah Rafiq.

 "Be...betul tu mama. Saya datang sini nak banyak-banyak minta maaf seraya nak bawa balik Syafira. Hal ni mungkin saya boleh bincangkan dengan dia sahaja." Ucap Rafiq. Mama Syafira menampar bahu Rafiq agak kuat.

 "Ish, budak ni! Dah sakitkan hati Syaf, nak bawa balik pula! Tak payah! Kamu lepaskan dia, biar aku jaga dia!" Ucap mama Syafira. Papa Syafira begitu geram.

 "Sabarlah! Awak ni dah kena rasuk dengan syaitan mana?! Tak baik suruh Rafiq lepaskan Syafira! Abang faham dan rasa yang Syafira masih sayangkan Rafiq! Cukup! Awak pergi naik atas!" Ucap papa Syafira. Rafiq tertunduk dan sudah mula jadi takut.

 Mamanya dia sahaja. Tidak tahu mahu kata apa. Dia cuba untuk menenangkan diri-sendiri.

 Syafira yang dari tadi sedang mendengar pergaduhan itu sekadar menggeleng dan menangis. Dia begitu sedih.

 "Saya tak kisah apa yang mama dengan papa nak kata dekat saya. Tapi saya tetap nak jumpa Syaf dan nak bawa dia balik." Ucap Rafiq begitu tegas lalu terus berjalan ingin menuju ke bilik Syafira.

 Syafira terus berlari memasuki ke dalam biliknya dan mengunci pintu dari dalam. Papa Syafira menghalang Rafiq.

 "Rafiq, marilah bincang dengan kami dulu." Ucap papanya. Rafiq buat tidak tahu sahaja dan tentang ingin berjumpa dengan Syafira. Mamanya sekadar memandang.

 Rafiq menuju ke depan pintu bilik Syafira dan mengetuk pintu bilik itu.

 "Syafira. Syafira! Buka pintu ni! Buka sekarang sebelum saya yang pecahkan pintu ni!" Jerit Rafiq dari luar. Syafira begitu geram sekali.

 "Kau nak pecahkan? Kalau berani cubalah? Kau ingat aku takutkah hah?!" Marah Syafira dari luar. Dia begitu marah sekali.

 "Syafira! Jangan macam ni!" Ucap Rafiq agak marah.

 "Ah, kenapa kau datang! Blah jalah!" Ucap Syafira. Rafiq terus menendang pintu itu dengan sekuat hati dan ia terus terbuka. Syafira terlopong.

 "Hei, apa ni!?" Ucap Syafira. Mama dan papa Syafira muncul tiba-tiba dan turut ternganga melihat kejadian itu. Habis pintu itu sudah rosak.

 "Kenapa kau degil sangat Syafira?! Kenapa?!" Marah Rafiq. Syafira sudah mulai sebak.

 "Sebab aku benci semua ni! Kau dah banyak sakitkan hati aku! Dah! Pergilah dekat Ralicia tu! PERGI!!!" Marah Syafira sekuat hati.

 "Sabar, Syaf. Jangan macam tu." Ucap mamanya. Asyraf berlari menuju ke arah nenek dan atuknya.

 "Kau ni jangan nak cemburu buta sangatlah! Aku ada hak nak kahwin lagi!" Ucap Rafiq. Syafira menggeleng.

 "Aku tak sanggup." Ucap Syafira.

 "Apa!? Aku sanggup dan aku mampu!" Marah Rafiq. Syafira menangis teresak-esak.

 "Sudahlah Rafiq! Aku benci hidup macam ni! Apa yang istimewa sangat dengan betina tu!? Dia tinggalkan kau! Dan kau nak hidup dengan dia semula?!" Marah Syafira sambil menangis dengan teresak-esak.

 "Sekurang-kurangnya aku kenal dia lebih lama dari aku kenal kau dan dia jauh lebih istimewa dari kau!!!" Ucap Rafiq. Suaranya begitu tegas dan serius.

 "RAFIQ!" Ucap papa Syafira. 

 "Baiklah Syafira. Aku pun dah tak sanggup nak hidup dengan kau." Ucap Rafiq perlahan.

 Syafira masih menangis dan tangisannya semakin deras.

 "Dengan ini..." Ucap Rafiq.

 "Jangan lafazkannya Rafiq!" Ucap mamanya dan papanya. Syafira menggeleng begitu hiba.

 "Aku ceraikan kau." Ucap Rafiq. Syafira terlopong dan memandang Rafiq.


 "Selamat tinggal Syafira dan terima kasih kerana membiarkan aku hidup bahagia bersama dengan Ralicia buat selamanya." Ucap Rafiq lalu terus berlalu pergi tanpa mempedulikan sesiapa di situ. Syafira terlopong dan meneruskan tangisannya. Mama dan papanya terus memeluk anak tunggal mereka itu. Mak Jah yang sedang mendukung Asyraf turut menangis.

                                                                                  ðŸ’®ðŸ¬ðŸ’®

 Syafira berjalan berseorangan di tepi pantai sambil menghirup udara yang segar di situ. Dia mahu melupakan segala hal yang begitu memeritkan dalam hidupnya yang kini sudah terjadi.

 Sememangnya kata-kata itulah tidak mahu didengari oleh gadis-gadis sepertinya. Sememangnya dia mahu kebahagiaan dan tidak mahu orang yang dicintai menjadi milik sesiapa. Hanya itu yang Syafira pohon.

 Angin di situ amat mendamaikan tetapi tidak mampu mengubati hatinya yang sudah retak beribu-ribu.


 Rina, Nadia, Juliana dan Asyraf yang turut beriadah di situ sekadar membiarkan rakan karib mereka itu bersendirian. Kelihatan Syafira amat memerlukan ruang untuk bersendirian.

 "Kasihan sungguh dengan nasib Syaf tu. Aku tak sanggup tengok dia murung sampai macam tu sekali." Ucap Nadia. Rina dan Juliana menganggukkan kepala mereka.

 "Syafira Airah! Rafiq! Kau bodoh sebab lepaskan dia." Ucap Juliana. Juliana yang sedang memegang tangan Asyraf sekadar melihat Syafira sedang berjalan-jalan di situ.

 "Jom kita pergi dekat dia." Ucap Rina. Mereka pun berlari ke arahnya dan memeluknya dari belakang.

 "Alah, rilekslah Sya. Aku faham perasaan kau." Ucap Juliana. Syafira tersenyum tawar.

 "Tenangkan diri, berdoa dekat Allah SWT banyak-banyak! Hanya DIA yang boleh faham dan bantu kita." Ucap Nadia pula. Syafira mengangguk perlahan.

 "Fikirlah Asyraf ni. Tengok muka dia. Kau kena kuat. Ini takdir. Memang jodoh kau dengan dia tak panjang. It's okay, kitorang ada untuk kau." Ucap Rina lalu terus memeluk rakan karibnya itu. Syafira ketawa kecil.

 "Thank you girls! Korang memang sentiasa ada untuk aku. Rafiq dan tinggalkan aku dan aku terpaksa move on. Nak buat macam mana. Betul cakap korang, aku kena kuat demi anak aku." ucap Syafira.

 "Yes, macam nilah Syafira yang kitorang kenal. Sentiasa kuat! Tak apa, kitorang sentiasa ada kalau kau perlukan apa-apa." Ucap Rina lagi. Syafira mengangguk lalu terus mendukung Asyraf. Mereka menuju ke kedai makan berdekatan untuk makan.

 'Aku boleh hidup tanpa kau dan aku akan buktikannya!' Desis hati kecil Syafira sambil tersenyum sedikit. 


Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard

星