Izzati novels
Selfiestar vs novelistar {R&R story part 6}
Sabtu, 14 April 2018 | 9:30 PG | 8 comments

 "Tolonglah mama! Jangan nak ungkit sangatlah! Syafira bukan yang terbaik buat Rafiq. Muktamad!" Ucap Rafiq sambil memeluk tubuhnya. Wajahnya begitu serius. Puan Anita tertunduk lalu terus berdiri untuk duduk di sebelah anak lelakinya itu.

 "Rafiq, kenapa kamu kata Syafira bukannya yang terbaik buat Rafiq? Mama cuma nak tahu sebab mengapa kamu sanggup tinggalkan dia dan pergi dekat Ralicia? Apa yang ada dekat Ralicia sampai Syafira pun sanggup ditinggalkan?" Tanya Puan Anita. Rafiq tertunduk.

 Dia memejamkan matanya. Memori bersama dengan Ralicia tiba-tiba muncul.

 FLASHBACK...

 "Saya nampak, Ralicia! Saya nampak! Dengan mata saya sendiri! Saya masih tak buta." Ucap Rafiq berjalan laju tanpa mengendahkan Ralicia yang sedang mengejarnya dari belakang.

 "Tolonglah. It's just coincidence! I swear! Jangan macam ni lah Rafiq. Janganlah buat kecoh sangat! Bukannya apa pun!" Ucap Ralicia sambil menarik baju Rafiq. Rafiq menoleh dan memandang Ralicia dengan pandangan maut. Ralicia ketakutan.

 "Kenapa pandang saya macam tu? Benci sangat awak dengan sayakan?" Tanya Ralicia seperti mahu menangis.

 Rafiq diam sahaja.

 "Kata saja yang awak bencikan saya!" Ucap Ralicia.

 "Ya! I hate you!" Ucap Rafiq dengan lantang. Ralicia terus tergamam mendengar ayat itu keluar tepat dari mulutnya sendiri.


 "Puas hati?" Tanya Rafiq. Ralicia tertunduk dan menggeleng. Di sudah menangis.

 "Sampainya hati awak! Awak ni memang tak guna! Tak guna!" Ucap Ralicia. Rafiq tersenyum sinis sambil terangguk.

 "Habis, perempuan yang sangat suka berfoya-foya dengan lelaki lain tu? Macam mana? Sangat berguna?" Tanya Rafiq begitu sinis. Ralicia menggeleng.

 "Tak bergunalah tu." Ucap Rafiq. Ralicia tiba-tiba terjatuh terduduk. Dia menangis dengan sekuat hati. Rafiq sudah menitiskan air mata juga. Tapi apakan daya? Dia terpaksa tinggalkan Ralicia.

 "Selamat tinggal." Ucap Rafiq lalu terus beredar pergi. Ralicia ingin mengejar tetapi dia tahu yang dia tidak mampu. Dia menangis dengan sesungguhnya.

 Lamunan Rafiq terhenti. Puan Anita berkerut memandang anak lelakinya itu.

 "Kamu ok ke tak ni?" Tanya Puan Anita. Rafiq menggeleng.

                                                                                         ***

  "Sedap tak?" Tanya Ralicia. Rafiq yang wajahnya berkerut-kerut itu sekadar tertunduk. Dia mengangguk laju. Walaupun masakan itu rasanya seperti makanan di tong sampah, dia tetap ingin menjaga hati gadis itu.

 "Sedap sangat. Tak pernah saya rasa masakan sesedap ni." Ucap Rafiq. Nak jaga hati pun biarlah berpada. Janganlah sampai ke tahap itu, ya, tak?

 Ralicia tersenyum puas tanpa menyedari penipuan itu. Ralicia berasa begitu bangga dengan masakannya yang langsung tak sedap itu. Rafiq seperti mahu muntah tetapi terpaksa menahan.

 "Hmm...saya nak pergi tandas kejap." Ucap Rafiq lalu terus meninggalkan meja itu. Ralicia tidak berkata apa. Rafiq terus mengunci pintu tandas dan meluahkan segala makanan itu ke dalam sinki. Dia terbatuk-batuk. Dia membasuh wajahnya dan berkumur. Dia menggeleng kesal.

 Dia tiba-tiba teringatkan bekas isterinya, Syafira. Dia begitu rindu dengan gadis itu. Gadis yang bijak mengurus rumah tangga. Gadis yang pandai menjaga makan dan minumnya. Gadis yang begitu taat padanya. Tapi apakan daya, dia sudah melepaskan gadis itu. Syafira sudah tidak ada apa-apa hubungan dengannya.

 "Apa yang dia sedang buat sekarang?" Tanya Rafiq sendirian. Tiba-tiba air matanya mengalir. Walaupun gadis itu bukan cinta pertamanya. Tidak secantik Ralicia. Dia lebih cintakan gadis itu dari Ralicia. Apa keistimewaan Syafira, Rafiq sendiri tidak tahu.

 Pintu bilik air itu diketuk. "Rafiq! Awak ok ke tak tu?" Tanya Ralicia dari luar.

 "Saya ok ja." Ucap Rafiq. Dia terus keluar dari bilik air itu. Wajah lelaki itu merah. Ralicia berkerut.

 "Are you crying?" Tanya Ralicia. Rafiq menggeleng.

 "Saya actually tak sihat sangat. By the way, thanks for the food. Saya balik dulu ya." Ucap Rafiq lalu terus pergi. Ralicia memandang Rafiq pergi. Dia tertunduk.

                                                                   ***

 Syafira sedang duduk termenung di sofa ruang tamunya. Dia mengurut kepalanya yang agak runsing. Dia melihat wajah Asyraf yang sedang nyenyak tidur. Dia tersenyum sedikit. Dia menggeleng dan air matanya menitis sedikit demi sedikit. Akhirnya dia menekup wajahnya.

 "Rafiq. Apa khabar awak sekarang?" Tanya Syafira sendirian dengan begitu sebak sekali. Entah mengapa dia tidak boleh melupakan lelaki yang curang itu.

 "Sanggupnya awak buang saya demi dia?" Ucap Syafira lagi.

 Tiba-tiba ada seseorang menepuk bahunya. Kelihatan ayahnya sedang menatap wajahnya yang merah itu. Syafira terus memeluk ayahnya sambil menangis dengan sekuat hati. Ayahnya hanya mengusap kepala ana tunggalnya itu.

 "Sudah, dugaan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya." Ucap ayahnya. Syafira masih menangis.

 "Sabar ya, Syaf." Ucap ayahnya lagi. Syafira mengangguk perlahan.

 "Memang lelaki macam itukah ayah?" Tanya Syafira. Ayahnya terdiam. Dia tidak boleh menjawab soalan anaknya itu. Dia tidak tahu apa jawapan yang sesuai untuk soalan itu.

 "Sudah, pergi bawa Asyraf dan tidur. Esok kamu kerja kan? Sudah. Tidak elok menangis macam ni." Ucap Ayahnya.

                                                                          ***

 "Saya pun tak fahamlah. Kenapa Rafiq tu, sanggup tinggalkan Syafira yang cantik dan bijak macam tu demi seorang perempuan yang curang. Kalau awak, awak sanggup tak?" Tanya Juliana kepada suaminya, Irfan.

 Irfan mengurut dagunya dan menggeleng. "Kalau saya, saya tak sangguplah. Dahlah perempuan tu curang, then nak jadikan teman hidup. Memang taklah. Lebih-lebih lagi jenis macam Ralicia tu." Ucap Irfan sambil terangguk-angguk. Juliana mengangguk.

 "Nasib saya tak kahwin dengan dia. Kalau tak, mesti sekarang dah kena cerai dan jadi janda." Ucap Juliana. Irfan menampar perlahan bahu isterinya itu.

 "Awak ni, merepek pula." Ucap Irfan. Juliana mencebik.

 "Apa? Betulkan?" Tanya Juliana. Irfan ketawa kecil dan menggeleng.

 "Kita ni, kena bagi semangat dekat si Syaf tu. Bukannya beranggapan macam yang awak cakap tadi tu. Kita kena cuba untuk satukan diorang balik. Bukan bagi Syafira rasa menyesal." Ucap Irfan seperti seorang pakar motivasi. Juliana menggeleng laju.

 "What do you mean satukan diorang balik? Saya tak nak kacaulah hal rumah tangga orang. Dah terang-terang jodoh diorang tak panjang. I think, Syafira boleh dapat yang lebih baiklah dari si Rafiq tu." Ucap Juliana begitu geram. Irfan menggeleng.

 "Awak suka kawan awak punya rumah tangga musnah?" Tanya Irfan. Juliana menjeling tajam suaminya itu. Memang cari nahas betul.

 "Kenapa tuduh orang macam tu? Mana ada saya suka rumah tangga Syaf tu hancur! I just said that she can find the better one. Rafiq tu sepatutnya harus menghadap karma. Biar dia hidup dengan si perempuan tak tahu malu tu. Baru dia tahu beza mana satu kaca dan mana satu permata." Ucap Juliana begitu yakin. Irfan terdiam.

 "Boleh jadi juga. Setuju dengan awak." Ucap Irfan.

                                                                       ***

 Rafiq sedang bersiar-siar di taman seorang diri. Baru habis berjoging, dia saja mahu mengambil udara yang nyaman sebelum pulang.

 Dia melihat gelagat manusia di situ. Dia tiba-tiba tersentuh apabila melihat anak-anak kecil yang sedang bermain bersama ayah mereka. Dia teringatkan Asyraf. Asyraf begitu jarang mendapat kasih sayang darinya. Dia rindukan Asyraf.

 Air matanya menitis. Sanggup dia tinggalkan Asyraf demi Ralicia yang langsung tak ada guna.

 "Bapa jenis apa aku ni?" Tanya Rafq sendirian. Dia terus berlari menuju ke arah motosikalnya. Dia terus menunggang motosikal itu dan terus beredar dari taman itu. Dia ignin berjumpa dengan Asyraf.

 Sesampainya dia di halaman rumah itu, kelihatan mama kepada Syafira sedang menyiram pokok-pokok bunga. Mama kepada Syafira menjeling lelaki itu tajam. Rafiq perlahan-lahan turun dari motosikalnya dan menuju ke arah wanita itu.

 "Assalamualaikum." Ucap Rafiq agak lambat. Wanita itu menjeling.

 "Waalaikumussalam. Nak apa datang sini? Nak cari apa lagi ni?" Tanya wanita itu.

 "Saya datang ni, nak jumpa Asyraf. Maklumlah lama saya tak jumpa dengan dia. Saya nak bawa anak saya pergi jalan-jalan. Tolonglah, saya rindukan Asyraf." Ucap Rafiq agak sebak.

 "Huh, masa ada tu, tak nak hargai. Kerja nak menggatal sana-sini. Bila dah tak ada, baru meroyan nak jumpalah, apalah. Asyraf tak ada. Dia keluar jalan-jalan dengan mama dan kawan-kawan mama dia. Dah, pergi berambus. Buat sakit mata ja." Ucap mama Syafira begitu bengis dan kasar. Rafiq tertunduk dan berjalan dengan longlai untuk beredar.

 Tiba-tiba satu kereta meluncur laju masuk ke halaman rumah. Rafiq melihat kereta itu. Dia amat mengenali tuan kereta itu. Siapa lagi kalau bukan Syafira? Syafira keluar dari kereta bersama dengan Asyraf. Asyraf memandang papanya dan ingin menuju ke arah Rafiq tetapi Syafira lebih cepat menangkap tangan Asyraf.

 Syafira memandang Rafiq agak geram bercampur sedih. Asyraf tersenyum melihat papanya.

 "Papa! Asyraf rindu sangat dekat papa!" Ucap Asyraf. Rafiq sebak mendengarkan ayat itu. Syafira menjegilkan biji matanya seperti mahu terkeluar.

 "Huh, tak payah nak menangis. Masa dulu pun, bukannya kau kisah pasal Asyraf! Apa yang kau nak lagi ni hah!?" Tanya Syafira begitu bengis. Seperti mamanya juga. Rafiq sudah mengerti.

 "Saya hanya nak jumpa Asyraf. Apa salahnya?" Tanya Rafiq spontan sahaja. Syafira tersenyum sinis. Memang lelaki yang sedang ada di depan matanya sekarang sedng mencari nahas.



Older Post | Newer Post
Assalamualaikum!
Hello there! I hope you love my novels. Please visit my official blog... izzatisarafinahanis.blogspot.my! If you hate my blog, just ctrl W! If you like my blog please follow! Thanks for being here!


Navigations ~~

Owner Novels'list Tales



Credit
Skin By Ieyda
Basecode Cikin
Edited By izzati haruno
Comes again!


Welcome to my blog! Follow me? | Dashboard